Kepada pelanggan MPKK yang dihormati, Sistem E-Aduan tidak berfungsi buat masa ini.
Sebarang aduan boleh disalurkan melalui info@mpkk.gov.my dan Sistem Maklumbalas Pelanggan atau menghubungi pegawai kami di talian 04-4957861/4954167.
Pihak MPKK memohon maaf di atas sebarang kesulitan.Sistem E-Aduan akan berfungsi semula selepas kerja-kerja penyelenggaraan pejabat baru selesai.Sekian.Harap Maklum.Terima kasih.
Arahan: Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kulim.
PEMBERITAHUAN
Kepada pelanggan MPKK yang dihormati, Sistem Dalam Talian OSC tidak berfungsi buat masa ini.
Sebarang aduan boleh disalurkan melalui info@mpkk.gov.my dan Sistem Maklumbalas Pelanggan atau menghubungi pegawai kami di talian 04-4957861/4954167.
Pihak MPKK memohon maaf di atas sebarang kesulitan.Sistem E-Aduan akan berfungsi semula selepas kerja-kerja penyelenggaraan pejabat baru selesai.Sekian.Harap Maklum.Terima kasih.
Arahan: Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kulim.
Imbas kod QR ini dengan telefon pintar anda untuk akses mudah alih.
Hutan Lipur Sungai Sedim berada dalam Hutan Simpan Gunung Inas yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Terdapat pokok hutan seperti Meranti seraya, Meranti tembaga, Meranti melantai, Kulim, Terap, Keledang dan Bintangor boleh didapati di sini. Sungai Sedim yang mengalir sepanjang 15 km yang berarus deras serta mempunyai beberapa buah jeram sesuai untuk aktiviti lasak berkayak. Antara 8 anak sungai yang mengalir sepanjang Sungai Sedim adalah Sungai Reyau, Sungai Merbok, Sungai tebuan, Sungai Karangan, Sungai Terona, Sungai Bekui, Sungai Bikan dan Sungai Buloh.
Hutan lipur ini sinonim sebagai tapak perkelahan Di Raja Kedah. Di sini juga kerap berlangsungnya pertandingan kayak arus deras diperingkat antarabangsa.
Antara aktiviti yang unik ialah mendaki gunung melalui denai hutan ke Gunung Inas, Gunung Bintang Utara, Gunung Bintang dan Banjaran Bintang. Selain aktiviti mandi-manda dan berkelah, pengunjung juga boleh berkhemah, merentas hutan, bersiar-siar, berkayak, mendaki gunung dan menikmati keindahan flora dan fauna yang semulajadi.
Kemudahan: Antara kemudahan yang disediadakan adalah : -Dewan -Surau -Tandas -Tempat Penginapan/Chalet.
Aktviti : Antara aktiviti yang boleh dijalankan adalah: -Mandi manda -Berkelah -Kem Motivasi -'Teambuilding' -'Summer camp' -'Water Rafting' -'Rock Climbing' -'Jungle Tracking' -'Flying Fox' -'River Cross' -'Treasure hunt' -'Jungle Walk' -'Abseiling'
Lokasi : Sungai Sedim, Kulim Mengambil masa 30 minit dari Pusat Bandar Kulim, boleh menaiki kenderaan sendiri atau mengambil teksi dari terminal teksi Kulim.
Informasi sampingan : Kepada penggemar aktiviti lasak berkayak, terdapat jeram yang mencabar seperti 'Drop Salak', 'Triple Rapid', 'Kasai Drop', 'Drop Wall', 'Lower Head Dam', 'Kawah Rapit', 'Jelutung Rapid', 'Rodeo Rapid', 'Slip Lip Rapid' dan 'Cyclone Hole'.
Pesanan kepada pengunjung : Ketika berada di Sungai Sedim anda perlu -sentiasa mematuhi papan tanda Amaran dan Larangan ketika berada di sekitar kawasan tersebut. -penggunaan bahanapi hendaklah sentiasa diberi pengawasan supaya tidak berlaku kebakaran dan memusnahkan hutan tersebut. -mendapatkan kebenaran dari pihak pengurusan. -menjaga kebersihan alam sekitar.
Sumber : -Jabatan Perancangan Majlis Perbandaran Kulim -Jabatan Perhutanan Negeri Kedah. -www.my-rainforest-adventures.com/ -www.tripadvisor.com.my