MENU

Soalan Lazim

 

Pegawai Untuk Dihubungi

 

[-] Aduan
  • Soalan:
    Apakah kriteria aduan yang akan diambil tindakan?
    Jawapan:
    Aduan yang akan diambil tindakan adalah aduan yang memenuhi kriteria seperti berikut :
    i. Mempunyai maklumat nama dan alamat pengadu, alamat aduan, nombor telefon pengadu (jika ada), fakta yang jelas dan tarikh.
    ii. Aduan berkaitan kawasan operasi Majlis Perbandaran Kulim
    iii. Aduan berkaitan kakitangan dan jabatan Majlis Perbandaran Kulim
    iv. Aduan berasas
  • Soalan:
    Apakah saluran yang boleh digunakan untuk membuat aduan :
    Jawapan:
    Saluran aduan yang boleh digunakan adalah seperti berikut :
    i. Hotline 1800-880-428
    ii. Talian terus : 04-4325222
    iii. Datang Sendiri
    iv. Surat
    v. Faks : 04-4325229
    vi. E-mail (aduan@mpkk[dot]gov[dot]my)
    v. Laman Aduan : http://e-aduan[dot]mpkk[dot]gov[dot]my
[-] Lesen Perniagaan
  • Soalan:
    Apakah jenis lessen yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Kulim?
    Jawapan:
    i. Lessen perniagaan tred
    ii. Lessen penjaja (pasar malam, pasar harian, pasar pagi, penjaja beredar)
    iii. Lessen establishment (restoran)
    iv. Lessen kilang makanan
    v. Lessen ternakan
    vi. Lessen pengiklanan (iklan, banner, streamer)
    vii. Lessen gerai PBT (penyewa gerai Majlis)
[-] Sistem Tempat Letak Kereta
  • Soalan:
    Apakah tujuan sistem tempat letak kereta berkupon diperkenalkan?
    Jawapan:
    Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) memberi kuasa kepada Majlis Perbandaran Kulim untuk mengutip bayaran dan mengawal tempat-tempat letak kereta di kawasannya bertujuan seperti berikut:
    i. Mewujudkan keselesaan dan kemudahan kepada orang ramai untuk meletakkan kereta.
    ii. Mengawal perletakan kereta-kereta supaya tersusun dan tidak mengganggu lalulintas
  • Soalan:
    Bagaimanakah cara mendapatkan kupon?
    Jawapan:
    Kupon letak kereta boleh didapati daripada ejen-ejen sah yang dilantik oleh Majlis Perbandaran Kulim di seluruh kawasan Majlis Perbandaran Kulim. Untuk mengenali ejen yang di lantik, pihak MPKK membekalkan papan tanda sebagai pengenalan. (ejen-ejen yang dilantik)
[-] Peranan MPKK
  • Soalan:
    Ekonomi
    Jawapan:
    Dalam meniti arus pembangunan yang pesat membangun, peluang pekerjaan juga selaras dengan pembangunan premis-premis perniagaan dan sektor industri yang tumbuh bagaikan cendawan. Kelulusan permohonan pembangunan hartanah juga kini dipercepatkan oleh MPKK untuk kepentingan penduduk Kulim khususnya. Dengan terbinanya premis-premis perniagaan, pembangunan sektor industri, maka peluang pekerjaan sebanyak 4000 jawatan menunggu pengisian oleh penduduk Kulim khususnya dan penduduk sekitar Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan juga Perak amnya. Walaupun fokus diberi kepada arus pembangunan yang moden namun peniaga-peniaga kecil juga tidak dilupakan. Peniaga kecil adalah salah satu sektor penyumbang ekonomi terbesar di negara kita. Di Kulim khususnya, tapak-tapak seperti pasar malam, pasar harian, pasar pagi , Dataran Usahawan, peniaga beredar disediakan kepada peniaga-peniaga kecil bagi mempromosikan produk-produk keluaran mereka. Dengan pemberian Lesen Serta Merta (Lulus bersyarat), maka peniaga-peniaga kecil kini tumbuh bagaikan cendawan di seluruh pelusuk bandar Kulim. Lesen sementara juga disediakan kepada peniaga-peniaga yang menjalankan perniagaan secara tidak sepenuh masa. Tidak mustahil kepada pelajar-pelajar yang sedang menunggu keputusan peperiksaan juga boleh memohon lesen sementara (Lulus bersyarat) bagi memulakan perniagaan sekadar ingin memenuhi masa yang terluang. Disamping memberi peluang perniagaan, aspek kebersihan juga dititik beratkan kepada penduduk Kulim selari dengan slogan "Kebersihan, Keindahan, Kemajuan dan Keselamatan Kulim adalah tanggungjawab bersama".
  • Soalan:
    Pelancongan
    Jawapan:
    Kulim berpotensi menjadi destinasi pelancongan kerana disokong oleh wujudnya aset menarik seperti alam semulajadi dan sumber ekonomi sedia ada. Terdapat 10 destinasi pelancongan sediada untuk dikunjungi. Antaranya :
    1. Sungai Sedim
    2. Tree Top Walk
    3. Gunung Bintang
    4. Taman Tasik Putra
    5. Ulu Paip
    6. Gunung Bongsu
    7. Pahau
    8. Air Terjun Junjung
    9. Kawasan sawah Padang Serai
    10.Kulim Golf
    Disamping itu terdapat 25 pembangunan komited yang dikenalpasti sebagai sumber-sumber tarikan pelancongan dimana 17 adalah tempat cadangan destinasi baru dan 8 untuk naik taraf. Pelancong yang berkunjung ke Kulim juga disediakan tempat untuk menginap. Terdapat pelbagai jenis tempat penginapan seperti Kulim Inn, Hotel Seri Malaysia, Motel Poon Soon, Motel RnZ, Hotel Kulim dan Homestay disekitar Kulim. Fokus kepada Homestay, MPKK kini dalam usaha membantu untuk mempromosikan Homestay di daerah Kulim. Slogan "KULIM SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN ANDA" menjadi landasan kepada MPKK ke arah mempromosikan serta menghidupkan pembangunan pelancongan Kulim.
  • Soalan:
    Pendidikan
    Jawapan:
    Dalam bidang pendidikan, kini Kulim mempunyai banyak pusat-pusat pengajian tinggi di sekitar Kulim Hitech. Walaupun tidak berada di kawasan pentadbiran MPKK, namun ia masih di dalam Daerah Kulim secara keseluruhannya. Sekolah-sekolah kerajaan juga banyak ditubuhkan untuk kepentingan pendidikan anak-anak bangsa penduduk Kulim khususnya. Dalam perancangan KULIM 2020, banyak lagi sekolah-sekolah akan dibina ekoran dari pertumbuhan penduduk Kulim yang pesat dengan mendadak menjelang tahun 2020. MPKK meletakkan visi dan misi selari dengan Falsafah korporatnya iaitu "Kami Bekerja Untuk Membantu, Mencari Ilmu Dan Rezeki Kerana Ibadah".
  • Soalan:
    Kebajikan
    Jawapan:
    Sejajar dengan pembangunan ekonomi, pendidikan, kepesatan pembangunan perindustrian, MPKK juga turut menitikberatkan soal kerohanian. Dengan penyediaan Masjid-masjid dan Surau-surau, penduduk setempat diberi ruang untuk beribadah. Kuil penganut hindu, Tokong Cina turut diberi kelulusan agar kaum-kaum lain boleh merasai kesaksamaan MPKK dalam mentadbir Kulim yang terdiri dari pelbagai etnik dan agama. Kemudahan sosial seperti penyediaan tempat-tempat beriadah secara percuma, tandas awam, stesen bas awam, stesen teksi awam, pasar awam dan banyak lagi boleh didapati di sekitar Kulim. Saranan MPKK supaya jagalah kebersihan di tempat-tempat awam. Secara keseluruhannya kebersihan Kulim adalah mencerminkan betapa penduduk Kulim begitu cintakan kebersihan dan keindahan.
  • Soalan:
    Kemasyarakatan
    Jawapan:
    Dibawah program Local Agenda (LA21) telah menggariskan 4 objektif utama iaitu :
    1. Mendedahkan masyarakat dan sektor swasta tempatan kepada isu-isu pembangunan mampan
    2. Menjelaskan bahawa tanggungjawab pembangunan mampan adalah tanggungjawab bersama.
    3. Merumuskan strategi dan pelan tindakan LA21 berdasarkan isu-isu pembangunan mampan setempat
    4. Melaksanakan pelan tindakan LA21 dalam bentuk projek-projek pembangunan mampan.
    Melalui program LA21 masyarakat tempatan boleh melibatkan diri untuk mengenalpasti dan mengkaji isu-isu pembangunan mapan, membentuk pelan tindakan untuk menangani isu-isu tersebut dan melaksanakan pelan tindakan itu. Pendekatan asas program ini ialah pendekatan ‘bottom-up’, atau dari akar umbi ke atas. Ini bermakna, penduduk-penduduk tempatan sendiri akan terlibat dalam menentukan pelan tindakan bagi kawasan masing-masing. Sebagai contoh, penduduk tempatan terlibat secara langsung mengenai perbincangan, bengkel atau aktiviti berkaitan dengan isu-isu tempatan. Antara contoh isu yang boleh dibangkitkan adalah seperti isu banjir dan sistem peparitan, isu pencemaran alam sekitar, isu pengangkutan dan lalulintas, isu perumahan dan isu sosial dalam komuniti serta isu-isu lain.
    Program ini telah diperkenal dengan 4 tema utama iaitu:
    1. Save The Nature For Future Generation
    2. Neighbourhood Watch
    3. Caring Society
    4. Healthy Living
  • Soalan:
    Kebudayaan
    Jawapan:
    Budaya & Warisan
    • Dengan pelbagai kaum dan budaya yang sudah bersatu sejak ratusan tahun yang lalu, Kulim dikurniakan dengan kepelbagaian budaya dan warisan. Ini dapat dilihat melalui tarikan senibina bersejarah dan kraf tangan di Kulim yang menjadi faktor penarik pelancong datang ke Kulim. Terdapat senibina bersejarah yang masih kekal di Kulim. Di antara bangunan warisan yang masih terdapat di Kulim ialah panggung Coronation, Sek Men St. Patrick (1933) yang mana telah dijadikan sebagai bangunan perniagaan. Sekolah Menengah Sultan Badlishah (1948), Balai Polis Kulim dan sebagainya. Manakala jam merdeka Kulim telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Kedah pada 15 September 1957 yang masih kekal menjadi mercu tanda bagi bandar Kulim. Jam Merdeka Kulim telah berdiri megah lebih setengah abad iaitu seusia dengan Kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957. Batu asas Jam Merdeka ini telah dibuat oleh YPM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada 14 Jun 1957. Jam Merdeka Kulim ini telah berjaya disiapkan dalam tempoh 3 bulan dan dirasmi oleh DYMM Tuanku Sultan Badlishah Ibni Almarhum Yang Di Pertuan Paduka Seri Sultan Abdul Hamid Shah, KOM, CMG, KBE Sultan Kedah pada 15 September 1957 iaitu 2 minggu selepas Perisytiharan Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957.
    • Industri kraftangan terutamanya adalah industri yang sudah lama ada di seluruh kawasan daerah Kulim. Ia menjadi sumber utama pekerjaan dan pendapatan bagi penduduk tempatan. Terdapat juga sedikit kraf tangan yang semakin dilupai yang mempunyai potensi besar untuk diterokai oleh sektor komersial. Salah satu produk kraftangan yang popular di Kulim adalah anyaman bakul, kraftangan mengkuang pandan dan rotan, tudung Saji, Dekorasi dinding, hiasan meja, beg anyaman rotan dan kotak buluh yang terdapat di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Karangan, Kulim.
  • Soalan:
    Kaum Etnik
    Jawapan:
    Kelompok etnik ialah kelompok manusia yang anggotanya mengaitkan diri melalui sesuatu warisan sepunya, baik warisan yang benar mahupun yang dianggap. Identiti etnik dipupuk dengan membezakan kelompok diri daripada kelompok yang lain menerusi sifat-sifat seperti budaya, bahasa, agama, dan tingkah laku. Kaum dan etnik yang terdapat di Kulim adalah Melayu, India, Cina, Budha, Sikh, Kristian dan masyarakat Siam.
  • Soalan:
    Perayaan Keagamaan mengikut etnik di Kulim
    Jawapan:
    Islam
    • Hari Awal Muharam (Tahun Baru Islam)
    • Hari Raya aidil Adha
    • Hari Raya Aidil Fitri
    • Hari Maulidur Rasul. Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W
    • Hari Nuzul Quran
    • Hari Israk dan Mikraj
    Cina
    • Hari Chap Goh Mei
    • Hari Kuih Bulan
    • Hari Taun Baru Cina
    • Perayaan Ching Ming
    • Pesta Tanglung
    • Perayaan Hantu Lapar
    Hindu (India)
    • Hari Deepavali
    • Hari Durga Puja
    • Hari Thaiponggal
    • Hari Thaipusam
    Buddha (Siam)
    • Hari Wesak
    • Perayaan Lai Krathong
    • Pesta Menora
    Kristian
    • Hari Easter
    • Hari Natal (Krismas)
    Sikh
    • Vaisakhi perayaan masyarakat Sikh di seluruh dunia menyambut perayaan keagamaan Vaisakhi (atau Bhaisakhi) dengan mengadakan upacara sembahyang, nyanyian dan tarian.
[-] Cukai Taksiran
  • Soalan:
    Apakah itu Cukai Taksiran?
    Jawapan:
    Cukai taksiran ialah cukai yang dikenakan ke atas setiap pegangan berkadar dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis Perbandaran Kulim) seperti :
    - Bangunan Kediaman
    - Bangunan Perniagaan (Kedai, Kompleks Perniagaan,
    - Pejabat, Sresyen Minyak dsb)
    - Banguan Perindustrian (Kilang, Pencawang)
    - Tanah Kosong (Bangunan, Perniagaan dsb) yang dalam kawasan Majlis Perbandaran Kulim.
  • Soalan:
    Cukai Taksiran perlu dibayar 2 kali setahun iaitu :
    Jawapan:
    Tempoh bil Tempoh bayaran
    Penggal 1 (Januari - Jun) Sebelum 28@29 Febuari /tahun
    Penggal 2 (Julai - Disember) Sebelum 31 Ogos /tahun
  • Soalan:
    Risiko sekiranya tidak membayar mengikut tempoh yang ditetapkan:
    Jawapan:
    Kebajikan : Sejajar dengan pembangunan ekonomi, pendidikan, kepesatan perindustrian, MPKK juga turut menitik beratkan soal kerohanian. Dengan penyediaan Masjid-masjid dan Surau-surau, penduduk setempat diberi ruang untuk beribadah. Juga kepada kuil2, tokong2 cina, diberi kelulusan agar kaum-kaum lain boleh merasai kesaksamaan MPKK dalam mentadbir Kulim yang terdiri dari pelbagai etnik. Kemudahan sosial seperti penyediaan tempat-tempat beriadah secara percuma, tandas-tandas awam, stesen bas awam, stesen teksi awam, pasar-pasar awam dan banyak lagi boleh didapati di sekitar Kulim. saranan MPKK supaya jagalah kebersihan di tempat-tempat awam. Kebersihan Kulim adalah mencerminkan betapa penduduk Kulim begitu cintakan kebersihan dan keindahan.
  • Soalan:
    Apakah usaha yang dilakukan untuk mendekatkan diri dengan masyarakat?
    Jawapan:Tindakan untuk menuntut tunggakan di bawah Seksyen 148 (1) Kerajaan Tempatan 1976, akan diambil jika bayaran cukai taksiran tidak dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan.
    - Denda lewat secara automatik dikenakan sebanyak RM2.00 atau 2% setiap penggal
    - Notis E akan dikenakan sebanyak RM3.00 setiap penggal.
  • Soalan:
    SEKIRANYA MASIH GAGAL MENJELASKAN CUKAI. WARAN TAHANAN (SEKSYEN 148) AKAN DIKELUARKAN. WARAN INI MEMBOLEHKAN PEGAWAI MPKK :
    Jawapan:
    - Mensita/menahan/melelong sebarang harta alih kepunyaan anda
    - Mensita pegangan/bangunan tersebut.
    - Menahan dan melelong bangunan/tanah melalui Pendaftar Mahkamah Tinggi (Seksyen 151)
    - Menahan proses kelulusan dan perkhidmatan MPKK bagi pegangan yang mempunyai tunggakan seperti berikut :
    * Kelulusan lesen perniagaan
    * Kelulusan pelan perancangan
    * Kelulusan pelan bangunan
    * Kelulusan Sijil Layak menduduki
  • Soalan:
    Apa yang perlu dibuat jika Bil Cukai Taksiran tidak diterima?
    Jawapan:
    Anda tidak perlu menunggu sehingga bil tiba, atau sekiranya masih belum menerima sebarang bil ketika tempoh bayaran terakhir, sila datang terus ke Kaunter Cukai Taksiran, Jabatan Perbendaharaan, Majlis Perbandaran Kulim.
  • Soalan:
    Hak Penyewa/Tenan
    Jawapan:
    Seksyen 151 (6) Akta Kerajaan tempatan 1976, memberi hak-hak dimana penyewa boleh membayar sewanya kepada Majlis sehingga selesai tunggakan cukai taksiran premis tersebut.
  • Soalan:
    Ansuran
    Jawapan:
    Kemudahan Bayaran Ansuran Bulanan kepada pembayar cukai bermasalah, Permohonan boleh dikemukakan untuk menjelaskan cukai secara ansuran. Walau bagaimanapun, Sebarang pertimbangan mengenai perkara ini adalah tertakluk kepada budibicara Pegawai Majlis.
  • Soalan:
    Lokasi untuk membayar cukai taksiran.
    Jawapan:
    Lokasi Masa Cara Bayaran
    Kaunter bayaran Ibu Pejabat MPKK Ahad – Rabu (8.00 pg – 4.30 ptg) Khamis (8.00 pg – 2.30 ptg) -Tunai -Cek -Bank Deraf -Kad Kredit (V/M) -Money Order -Postal Order  
    Pejabat Cawangan : 1.Cawangan Padang Serai    (Tel : )2.Cawangan Mahang    (Tel:) Ahad – Rabu (8.00 pg – 4.30 ptg) Khamis (8.00 pg – 2.30 ptg) -Tunai -Cek -Bank Deraf
    Pejabat Pos Malaysia Bhd -Pej Pos Kulim -Pej Pos Lunas -Pej Pos Pdg Serai -Pej Pos Karangan -Pej Pos Sg Petani -Pej Pos Alor Setar -Pej Pos Butterworth -Pej pos Pulau Pinang -Pej Pos Bkt Mertajam Waktu bekerja

     mengikut Pej Pos

    Mengikut kehendak Pejabat Pos
    Bank Islam (M)Sdn Bhd Waktu bekerja  mengikut Bank Mengikut kehendak Bank
    www.maybank2u.com.my 24 jam Pemindahan kredit
     

    Peringatan kepada pembayaran melalui cek, bank deraf, kiriman wang atau wang pos hendaklah dipalangkan ke Akaun Penerima Sahaja dan sertakan juga nombor akaun pegangan, nombor telefon dan nama di belakang dan dibayar kepada “MAJLIS PERBANDARAN KULIM”   atau “MPKK”

       

    Perkara yang perlu dimaklumkan kepada Majlis jika:
    i. Sekiranya premis kosong dan tidak diduduki selama tidak kurang daripada satu bulan, Majlis hendaklah diberitahu dalam tempoh 15 hari daripada tarikh kekosongan untuk tujuan pengurangan kadar cukai mengikut syarat-syarat di dalam Seksyen 162 (1) Akta Kerajaan Tempatan 1976.
    ii. Sekiranya berlaku sebarang pindah milik/mewarisi sesuatu harta, Majlis hendaklah diberitahu dengan mengisi Borang I/J dalam tempoh (03) bulan / (01) tahun dari tarikh pindah milik dibuat,peruntukan di bawah Seksyen 160 (1) dan 160 (2) Akta Kerajaan Tempatan 1976.
    iii.Sekiranya premis berkenaan hendak dibaiki, diperbesarkan atau dibuat sebarang pengubahsuaian, sila kemukakan permohonan kepada Majlis sebelum kerja-kerja dimulakan,Peruntukan di bawah Seksyen (141) Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 dan Seksyen 70(1) Akta Jalan, Parit dan Longkag 1974.
    iv. Semak dengan pegawai Majlis untuk maklumat nama yang didaftar dan tunggakan cukai taksiran sebelum membeli sesebuah rumah atau sebidang tanah.

  • Lain-lain perkara yang perlu diambil perhatian
  • Soalan:
    Kaedah lain untuk membayar cukai taksiran.
    Jawapan:
    1. melalui https://ebayar[dot]mpkk[dot]gov[dot]my/semak/
  • Soalan:
    Pertukaran Alamat Pos
    Jawapan:
    Pertukaran alamat pos bagi bil Cukai Taksiran boleh dilakukan dengan memaklumkan kepada Majlis sekiranya menghendaki bil tersebut dihantar ke alamat terkini. Anda juga boleh mengemaskini maklumat melalui system online iaitu eupdatecpintu.mpkk.gov.my
  • Soalan:
    Cukai yang dibayar untuk apa?
    Jawapan:
    Semua kos pengurusan dan pentadbiran Bandar Kulim menggunakan sumber daripada cukai taksiran yang dikenakan kepada pemilik bangunan di kawasan Kulim Antaranya :
    - Bayaran bil elektrik jalan, parit jalan, gerai dan bangunan awam.
    - Bayaran bil air untuk bangunan awam (pasar, tandas, dewan, stadium)
    - Penyelenggaraan jalan, parit jalan, gerai dan bangunan awam
    - Penyelenggaraan landskap.
    - Penyelenggaraan lampu jalan.
    - Mengatasi bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh.
  • Tahukah Anda?

    Anda hanya membayar serendah 25 sen sehari untuk cukai taksiran kediaman anda.

    Berikut makluman purata bayaran cukai taksiran premis bagi:

    -Rumah kediaman kos rendah dan sederhana 1 tingkat RM0.30/hari
    -Rumah kediaman kos sederhana 2 tingkat RM0.60/hari
    -Rumah berkembar 1 tingkat RM0.44/hari
    -Rumah berkembar 2 tingkat RM0.82/hari
    -Rumah sesebuah (banglo) RM1.39/hari

    Sebarang pertanyaan, sila hubungi
    Bahagian Cukai Taksiran
    Majlis Perbandaran Kulim
    Telefon : 04-4325225
    Fax : 04-4325229

[-] OSC
  • Soalan:
    Siapakah pemohon kepada OSC Online?
    Jawapan:
    Pemohon ialah orang berkelayakan yang mengemukakan permohonan kepada PBT selaras peruntukan akta-akta yang berkaitan, di antaranya termasuk arkitek, jurutera, perancang dan juruukur tanah.
  • Soalan:
    Perlukah pemohon berdaftar dengan PBT?
    Jawapan:
    Pendaftaran pemohon adalah menggunakan konsep single sign on di mana pemohon mengisi dan memuatnaik maklumat pendaftaran sekali sahaja di laman sesawang KPKT yang seterusnya boleh dihantar kepada laman sesawang PBT yang dipilih sendiri oleh pemohon. Bagi aspek kawalan terhadap dokumen dan memandangkan setiap PBT adalah merupakan pihak berkuasa perancangan tersendiri maka setiap PBT akan menjana kata pengguna dan kata laluan tersendiri. Pemohon hendaklah menggunakan kedua-dua kata pengguna dan kata laluan tersebut apabila berurusan dengan PBT yang berkaitan.
  • Soalan:
    Apakah format pelan-pelan dan dokumen yang dimuatnaik?
    Jawapan:
    Pelan-pelan dan dokumen yang dimuatnaik adalah dalam format PDF.
  • Soalan:
    Kenapa dalam format PDF dan bukan CADD file?
    Jawapan:
    Fail permohonan lebih kecil dan ringan serta tidak membebankan sistem dan storage. Seperkara lagi tiada pindaan boleh dibuat ke atas pelan-pelan dan dokumen oleh pegawai penyemak.
  • Soalan:
    Adakah salinan cetak (hardcopy) masih diperlukan dalam melaksanakan OSC Online?
    Jawapan:
    1 hingga 3 set lengkap dokumen dan pelan perlu dikemukakan sebagai proof of submission.
  • Soalan:
    Bila salinan cetak (hardcopy) dikemukakan?
    Jawapan:
    Dalam tempoh 3 hari selepas dokumen dan pelan-pelan dihantar secara online iaitu apabila butang hantar diaktifkan.
  • Soalan:
    Adakah pendekatan e-signature digunakan dalam OSC Online?
    Jawapan:
    Pada peringkat ini pemohon masih perlu menurunkan tandatangan pada hardcopy yang dihantar sebagai proof of submission dan pada pelan-pelan yang telah bersedia untuk diendos untuk dikeluarkan kelulusan rasmi e-signature akan diambilkira dalam fasa penambahbaikan seterusnya.
  • Soalan:
    Berapa hari yang diambil oleh unit OSC untuk memproses permohonan?
    Jawapan:
    5 hari kalender untuk mengambilkira pengemukaan hardcopy dalam tempoh 3 hari dari tarikh hantar permohonan secara online
  • Soalan:
    Berapa lamakah bahan-bahan yang telah dimuatnaik disimpan dalam sistem sebelum permohonan dipadamkan?
    Jawapan:
    Pemohon akan dimaklumkan tentang perkara-perkara yang perlu dibekalkan untuk melengkapkan permohonan sebelum OSC membuat edaran. Sekiranya pemohon gagal mengemukakan perkara-perkara yang diperlukan iaitu gagal mengaktifkan akaun dalam tempoh 7 hari, permohonan akan dihantar kepada storage. Jika pemohon masih gagal mengaktifkan akaun dalam tempoh 7 hari seterusnya , dokumen-dokumen yang telah dimuatnaik akan dipadamkan. Bagi pemohon yang masih berminat untuk mengemukakan permohonan, muatnaik dan penyerahan perlu dilakukan semula.
  • Soalan:
    Bolehkah pihak pemohon menyemak status permohonan secara online?
    Jawapan:
    Pemohon boleh menyemak status permohonan secara online mengunakan ID projek dan ID permohonan.Pihak pemunya projek juga boleh menyemak status permohonan mengunakan kaedah yang sama.
  • Soalan:
    Terdapat agensi teknikal dalaman atau luaran yang masih memerlukan hardcopy untuk tujuan semakan. Bagaimanakah perkara ini dilaksanakan?
    Jawapan:
    Agensi teknikal yang berkaitan perlu berurusan terus dengan pemohon untuk mendapatkan hardcopy. Walaubagaimanapun agensi teknikal disaran mengambil tindakan sewajarnya untuk berpindah dari kaedah menyemak atas hardcopy kepada kaedah menyemak secara online secara berperingkat.
  • Soalan:
    Apakah modul-modul utama OSC Online?
    Jawapan:
    2 modul utama adalah e-penyerahan di mana pemohon perlu mendaftar, muatnaik dan serah permohonan dan e-pemprosesan di mana agensi-agensi teknikal dalaman dan luaran memproses permohonan.
  • Soalan:
    Apakah sub modul OSC Online?
    Jawapan:
    Terdapat 8 submodul OSC Online iaitu :
    i. e-permohonan = pemohon kemukakan mana-mana permohonan dari 32 jenis permohonan yang disenaraikan.
    ii. e-permintaan perkhidmatan = pemohon kemukakan permohonan yang selain daripada 32 jenis permohan yang telah disenaraikan.
    iii. e-rujukan = menyenaraikan keperluan-keperluan lain berkaitan pembangunan di sesuatu PBT selain daripada keperluan seragam yang disenaraikan
    iv. e-tanya = pre-consultation secara online
    v. e-aduan = membuat aduan terhadap proses dan prosedur OSC Online yang berkaitan dengan permohonan
    vi. e-panduan = maklumat Geographic Information Systems (GIS) bagi PBT berkaitan
    vii. e-bayaran = pengemukaan bukti bayaran berkaitan kawalan pembangunan
    viii. e-kad laporan = menilai dan menaraf prestasi perkhidmatan-perkhidmatan OSC Online.
  • Soalan:
    Melalui OSC Online, bagaimanakah fee pemprosesan dijelaskan?
    Jawapan:
    Fee pemprosesan boleh dijelaskan melalui kaedah yang ditetapkan oleh PBT iaitu secara online dengan institusi perbankan yang terpilih atau kaunter pembayaran. Modul e-pembayaran di bawah OSC Online hanya memerlukan bukti pembayaran dimuatnaik untuk disertakan bersama permohonan.
  • Soalan:
    Bagaimana jika sesuatu permohonan menggunakan lukisan manual tetapi ingin dihantar secara online?
    Jawapan:
    Lukisan manual tersebut perlulah diimbas dan dimuatnaik dalam format pdf.
  • Soalan:
    Bagi permohonan yang dikemukakan secara online, perlukah pengemaskinian dibuat kepada Portal OSC?
    Jawapan:
    Bagi permohonan secara online, pengemaskinian tidak perlu dibuat di dalam Portal OSC.
  • Soalan:
    Apakah yang perlu dilakukan sekiranya ada keperluan untuk merujuk kepada lain-lain agensi teknikal yang tidak tersenarai dalam agensi teknikal yang telah ditetapkan?
    Jawapan:
    Penambahan agensi teknikal lain selain daripada yang disenaraikan boleh dilakukan oleh pentadbir sistem di PBT masing-masing.
Nama : Puan Munira binti Abdul Rahim
Jawatan : Penolong Pegawai Penerangan
Jabatan : Bahagian Komunikasi Korporat
Alamat : Majlis Perbandaran Kulim,
No 1, Lebuh Bandar 2, Bandar Putra, 09000 Kulim, Kedah Darul Aman.
Telefon : 04-4325225
Ext : 222
Emel : munira@mpkk[dot]gov[dot]my
Kemaskini Terakhir: Khamis, 14 September 2017 - 4:17pm