MENU

Contoh-contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan di bawah PROGRAM LA21

Alam sekitar:
Kitar semula, gotong-royong kebersihan, kempen mengurangkan pembaziran sumber, pertandingan kebersihan di kawasan-kawasan kejiranan dan pertandingan melukis yang bertemakan alam sekitar untuk peringkat kanak-kanak sekolah.

Sosial:
Integrasi sosial dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan bagi menggalakkan dan mengeratkan hubungan sosial seperti sukan rakyat, motivasi pelajar, pengawasan kejiranan (neighbourhood watch), program Kenalilah Jiran Anda dan lain-lain aktiviti yang turut meliputi aspk keselamatan seperti program Kesedaran dan Pencegahan Jenayah.

Ekonomi:
Menggalakkan aktiviti ekonomi yang boleh menyumbang kepada proses kesedaran terhadap alam sekitar seperti penghasilan produk-produk environmental friendly, terlibat dengan lebih kerap dalam kegiatan menaja aktiviti-aktiviti alam sekitar dan sosial bagi membentuk imej korporat yang bertanggungjawab. Penjualan bahan-bahan untuk Program Kitar Semula misalnya bukan sahaja boleh memelihara alam sekitar malah boleh memberi sedikit pulangan ekonomi.

Kemaskini Terakhir: Ahad, 16 Julai 2017 - 10:14am