MENU
  

LA21 ialah suatu program untuk masyarakat, sektor swasta dan PBT (majlis, bandaraya, majlis perbandaran, perbandaran, majlis-majlis daerah, majlis bandaran, lembaga bandaran, majlis tempatan, lembaga luar bandar) bekerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran mereka ke arah pembangunan mapan.

Melalui LA21 masyarakat tempatan boleh melibatkan diri untuk mengenalpasti dan mengkaji isu-isu pembangunan mapan, membentuk pelan tindakan untuk menangani isu-isu tersebut dan melaksanakan pelan tindakan itu.

Pendekatan asas program ini ialah pendekatan bottom-up, atau dari akar umbi ke atas. Ini bermakna, penduduk-penduduk tempatan sendiri akan terlibat dalam menentukan pelan tindakan bagi kawasan masing-masing. Sebagai contoh, penduduk tempatan terlibat secara langsung mengenai perbincangan, bengkel atau aktiviti berkaitan dengan isu-isu tempatan.

Antara contoh isu yang boleh dibangkitkan adalah seperti isu banjir dan sistem perparitan, isu pencemaran alam sekitar, isu pengangkutan dan lalulintas, isu perumahan dan isu sosial dalam komuniti serta isu-isu lain.

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA INDUK AGENDA TEMPATAN 21 MAJLIS PERBANDARAN KULIM

  • Merancang program dan aktiviti berkaitan dengan Program LA 21 Majlis Perbandaran Kulim.
  • Memantau perjalanan program dan aktiviti berkaitan dengan Program LA 21 Majlis Perbandaran Kulim.
  • Melaporkan program dan aktiviti berkaitan dengan Program LA 21 Majlis Perbandaran Kulim kepada Majlis Penuh.
  • Merancang dan mengatur Program Tahunan berkaitan dengan Program LA 21 Majlis Perbandaran Kulim.

EMPAT TEMA UTAMA :

  1. "Save The Nature For Future Generation"
  2. "Neighbourhood Watch"
  3. "Healthy Living"
  4. "Caring Society"
Kemaskini Terakhir: Ahad, 16 Julai 2017 - 10:14am