18 Disember 2023 – Puspanita Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah menyertai sarapan amal, majlis berkhatan pelajar KAFA bertempat di Masjid Al-Muthmainnah, Kulim. Program dihadiri oleh YBhg. Dato’ Elmi bin Yusoff Yang Dipertua MPKK, YBhg. Datin Azlina binti Md. Zuki Pengerusi Puspanita MPKK, Cik Amal binti Zubir Setiausaha MPKK merangkap Timbalan Pengerusi dan bersama Ahli Jawatankuasa Puspanita MPKK. Turut hadir memeriahkan majlis Ahli Majlis Zon 3 Ustaz Mohammad Iskandar Shah bin Ibrahim dan Ahli Majlis Zon 9 Puan Norhayati binti Amran.

Program Amal tersebut merupakan salah satu daripada program tahunan Puspanita MPKK yang bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di kalangan ahli kelab dan masyarakat.

Penyampaian hadiah oleh Tuan Yang Dipertua dan Pengerusi Puspanita MPKK kepada Pelajar KAFA didalam Majlis berkhatan yang dianjurkan oleh Masjid Al-Muthmainnah, Kulim.

Klik untuk gambar sekitar program

Skip to content