BAGAIMANAKAH CARA MENDAPATKAN MAKLUMAT BERKAITAN RUANGNIAGA YANG KOSONG?

    1. Melalui Portal Rasmi Majlis Daerah Bandar Baharu(MDBB)
    2. Facebook Majlis Daerah Bandar Baharu
    3. Panggilan terus ke Bahagian Sewaan MDBB (04-4077264)

BILAKAH TARIKH AKHIR BAYARAN SEWA RUANG NIAGA/PREMIS?

    • Sebelum Atau Pada 7 Hb Setiap Bulan

BOLEHKAH MENAIKTARAF STRUKTUR RUANGNIAGA?

    • Sebarang pengubahsuaian ruang niaga perlulah melalui permohonan & mendapat kebenaran daripada pihak MDBB terlebih dahulu.

SENARAI UNTUK MEMPERBAHARUI PERJANJIAN (RENEW)

    • Surat Permohonan Perbaharui Perjanjian.
    • Salinan Lesen Perniagaan (Yang Diperbaharui).
    • Salinan Bil Utiliti Premis Tanpa Tunggakan (Elektrik & Air).
    • Salinan Bil Sewaan Ruang niaga Tanpa Tunggakan (Terkini).
    • Salinan Kad Pengenalan Penyewa.
    • Salinan Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

SENARAI SEMAK BAGI PENYERAHAN GERAI/PREMIS DAN MENGEMBALIKAN CAGARAN GERAI/PREMIS

    1. Borang Serah Kedai & Mengembalikan Wang Cagaran ( Dari Pihak Majlis).
    2. Salinan Kad Pengenalan Penyewa.
    3. Kunci Premis Ruang Niaga.
    4. Resit Cagaran Asal (Warna Biru) :
               – Cagaran Sewa
               – Cagaran Air, elektrik & Pembentungan (Utiliti).
    1. Salinan Bil Penutupan Utiliti (Tiada Tunggakan) :
               – Air & Elektrik
    1. Salinan Bil Bayaran Sewa (Terakhir & Tiada Tunggakan).
    2. Salinan Lesen Perniagaan MDBB.
Skip to content