MENU
  1. Kedah-kaedah Lembaga Rayuan 1988 (Disemak 1999) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 Disember 2000 Jld. 23 Bil. 26, Tambahan No. 7

 

Lembaga Rayuan sebagai suatu tribunal bertanggungjawab mendengar, mempertimbang dan membuat keputusan kepada kes-kes sebagaimana dinyatakan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa [Akta 172].

 

  1. Lembaga Rayuan sebagai satu badan berkecuali ‘independent body’, mempunyai sifat-sifat sebuah ’inferior tribunal’ dan melaksanakan fungsi ’quasi judicial’ yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri Kedah bagi menyelesaikan pertikaian di antara perayu dengan pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT) yang terbit dari sesuatu keputusan perancangan yang mana perayu itu sama ada sebagai pembantah, pemohon, pemilik atau pengguna merasa terkilan atau tidak berpuas hati dengan keputusan PBPT dan seterusnya, menimbangkan kes-kes rayuan sebagaimana berikut –
  1. Rayuan oleh Pemohon Terhadap Keputusan PBPT

 

Seksyen 23(1)(a) Akta 172  membenarkan seorang yang terkilan terhadap keputusan PBPT yang enggan beri kebenaran merancang atau merayu terhadap syarat yang dikenakan.

 

Seksyen 23(1)(b) Akta 172] membenarkan rayuan oleh seorang pemunya tanah bersempadanan yang telah membuat bantahan.

 

Seksyen 22 (1) memperuntukkan suatu rayuan boleh dibuat kepada Lembaga Rayuan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh keputusan disampaikan kepada pemohon.

 

  1. Amaun Pampasan

 

Seksyen 25(9) Akta 172 membenarkan seseorang itu terkilan dengan amaun pampasan atau pembayaran balik yang telah dibayar atau ditawarkan akibat dari penarikan balik dan pengubahsuaian kebenaran merancang atau kelulusan pelan bangunan.

 

  1. Notis Permintaan

 

Seksyen 30(2) Akta 172 membenarkan seseorang terkilan dengan penerimaan notis permintaan yang dikeluarkan oleh PBPT di bawah Seksyen 30(1) Akta yang –

  1. Meminta supaya dihentikan penggunaan sesuatu tanah itu atau;
  2. Mengenakan apa-apa syarat bagi penggunaan tanah itu yang berterusan; atau
  3. Menghendaki diambil langkah-langkah perlu yang dinyatakan dalam notis permintaan itu yang melibatkan ubahsuaian atau alihan kepada bangunan atau kerja.

 

  1. Amaun Pampasan Akibat Notis Permintaan

 

Seksyen 30(7) Akta 172 membenarkan seseorang terkilan dengan pampasan yang ditawarkan di bawah Seksyen 30(6) akibat dari susutan nilai tanah yang terbit dari memenuhi notis permintaan yang dikeluarkan di bawah Seksyen 30(1) Akta.

 

  1. Terkilan Dengan Perintah Pemeliharaan Pokok

 

Seksyen 35C Akta 172 membenarkan rayuan seseorang terkilan dengan –

  1. Sesuatu perintah pemeliharaan pokok atau mana-mana peruntukan dalam suatu perintah pemeliharaan pokok.
  2. Penolakan pemberian kebenaran bertulis oleh PBPT terhadap permohonan untuk menembang pokok yang tertakluk kepada perintah pemeliharaan pokok.
  3. Suatu perintah untuk menanam atau menggantikan pokok di dalam suatu perintah pemeliharaan pokok.

 

 

  1. Pampasan Di Bawah Perintah Pemeliharaan Pokok

 

Seksyen 35D(3) Akta 172 memperuntukkan pemunya tanah tidak berpuashati dengan amaun pampasan yang diawardkan oleh PBPT di mana pemunya tanah telah mengalami kerugian berupa kesusutan dalam nilai tanahnya.

 

  1. Rayuan Terhadap Perintah Menggantikan Semua Pokok

 

Seksyen 35E(3) Akta 172 memperuntukkan orang yang telah didapati bersalah di bawah Seksyen 35A (4) kerana menebang pokok yang tertakluk kepada perintah pemeliharaan pokok yang dikehendaki menggantikan pokok itu dengan menanam suatu pokok lain, yang terkilan dengan –

  1. Penolakan permohonannya untuk mengenepikan keperluan menggantikan pokok itu;
  2. Mana-mana perintah dan syarat oleh PBPT berhubung penggantian pokok itu;
  3. Penolakan permohonannya oleh PBPT untuk melanjutkan tempoh masa menggantikan pokok itu.

 

  1. Sebarang rayuan boleh dibuat melalui Urusetia Lembaga Rayuan, Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Kedah, maklumat lanjut boleh didapati di http://jpbd.kedah.gov.my/index.php/en/
Kemaskini Terakhir: Ahad, 28 Mei 2017 - 9:31am