MENU

RUMAH REHAT

 

prev next

Pilihan penginapan anda dan keluarga

Kulim Inn adalah  satu-satunya penginapan yang terawal dibina  di bandar  Kulim  dan menawarkan pelbagai  kemudahan pada harga yang berpatutan yang  pasti  yang  menarik  hati  anda.  Namakan kunjungan  anda  ke sini  samada  ianya  percutian keluarga mahupun perniagaan,  Kulim  Inn  adalah pilihan tetap penginapan anda dan keluarga.

Mulakan  perjalanan  anda  untuk  bermesyuarat atau  lain-lain  tujuan  dari  Kulim  Inn. Bayangkan pengalaman anda untuk mengalami cabaran arus deras  Sungai  Sedim  dan  keasyikan berada  di ketinggian laluan kanopi  terpanjang  di  Asia  'Tree Top  Walk'.  Anda  juga  berpeluang  melawat destinasi-destinasi  menarik  lain  yang  terdapat di Kulim  seperti  Rekreasi  Air  Terjun  Junjung  dan mengunjungi  Pekan  Karangan  untuk  menikmati buah-buahan  tempatan di  sini. Kedatangan  anda ke  Bandar  Kulim  amatlah  dialu-alukan dan  akan  disambut  dengan  penuh  mesra  ole kakitangan kami.

Lokasi

  • Terletak di Pekan Kulim
  • 5 minit dari Stesyen Bas / Teksi.
  • 10 minit dari Taman Berteknologi Tinggi Kulim (Kulim Hi-Tech)
  • 15 minit dari tol Butterworth Kulim Express (BKE)
  • 45 minit dari Pulau Pinang dengan melalui jambatan.
  • 1 jam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
  • Terdapat restoran yang berhampiran dengan Kulim Inn.

 

 

Kemaskini Terakhir: Ahad, 16 Julai 2017 - 10:14am