MENU

 MAJLIS BERHAK MENENTUKAN SAMADA TAPAK TERSEBUT LAYAK
DIAMBILALIH ATAUPUN TIDAK “

 SKOP KERJA / SPESIFIKASI

A. PENDAHULUAN (PRELIMINARIES)
0.1 Peruntukan air serta pengawasan tanaman dan kerja-kerja lanskap.
0.2 Polisi insurans merangkumi Gantirugi Pekerja ( Workmens Compresion ) dan Third Party public Liability serta menandatangani segala dokumen kontrak.
0.3 Memindah dan membuang segala sampah sarap serta lebihan kerosakan daripada tapak kerja.
0.4 Pihak kontraktor adalah tanggujawab ke atas hubung balas dengan JKR, PBA, TNB dan STM berhubung masalah yang mungkin timbul akibat daripada kerja-kerja lanskap.
0.5 Kerja-kerja lanskap di sepanjang jala haruslah diawasi oleh seorang wakil daripada pihak Majlis Daerah Kulim.
   
B. PENANAMAN POKOK RENEK ( TREE PLANTING )
0.1 Merapikan penanaman pokok atau meratakan tanah kepada tahap yang dikehendaki.
0.2 Penggalian lubang penanaman pokok mestilah (3’x3’x3’) adalah termasuk memindahkan     lebihan tanah. Penggalian lubang mestilah dilaksanakan dengan menggunakan ‘handauger’ atau kaedah biasa lain.
0.3 Tanah yang dikorek mestilah diganti dengan ‘Top Soil’ yang diperkaya dengan ‘copmost’ dan     ‘organic fertilizer’ dalam  nisbah 1:1:1 kepada 10” daripada aras tanah.
0.4 Penambahan baja seperti ‘rock phosphate’ dan lain-lain.
0.5 Kesemua pokok-pokok mestilah mempunyai ketinggian 1.8 meter ke atas serta bergaris pusat  2.5 cm minima diukur 1.0 meter daripada pangkal pokok.
0.6 Kayu pancang dan jarring dawai mestilah diperuntukkan kepada pokok pada ketinggian  5’ dimana diperlukan sahaja.
0.7 Kesemua pokok-pokok yang ditanam disepanjang jalan utama adalah diantara 20’ dan mestilah    sekurang-kurangnya 30’ jauh jaraknya daripada persimpangan jalan atau tertentu mengikut pelan lanskap.
0.8 Kesemua pokok-pokok yang ditanam di sepanjang jalan mestilah pada jarak 5’ jauhnya daripada semua longkang, pili bomba, tiang eletrik dan lain-lain kemudahan awam.
0.9 Kesemua pokok-pokok mestilah ditanam di atas kaki lima (pavement) iaitu di antara bebendul jalan (road kerb) dan longkang (road drain).
10. Jika perlu, ukuran keliling untuk tanaman pokok mestilah berukuran 4” lebar x 6 tebal dengan bebendul konkrit (concrete kerb) berukuran 2’x2’ dengan paras atas bebendul terjulur 4” di atas kaki lima.
11. Jika perlu pembukaan tanaman pokok mestilah ditutupi dengan (tree grstings) yang diperbuat daripada besi sederhana keras (ms bars) mengikut butiran serta spesifikasi di dalam lukisan.
   
C.  PENANAMAN POKOK RENEK (SHRUB PANTING)
0.1 Merapikan penanaman pepohon renek atau meratakan tanah kepada tahap yang dikehendaki.
0.2 Penggalian lubang bagi penanaman pepohon renek (11/2’x11/2’) adalah termasuk memindahkan lebihan tanah. Penggalian lubang mestilah dilakukan dengan menggunakan ‘Hand Auger’ atau lain-lain kaedah.
0.3 Tanah yang dikorek mestilah diganti dengan ‘top soil’ yang diperkaya dengan ‘compost’ dan ‘organic fertilizer’ dalam nisbah 1:1:1 kepada 10” daripada aras tanah.
0.4 Penambahan baja seperti ‘Rock Phpsphate’ dan lain-lain.
0.5 Pepohon renek akan diukur secara terperinci sepertimana ia berdiri dengan sendiri tanpa sokongan atau ikatan ketinggiannya berdasarkan ukuran daripada permukaan  tanah sehingga  ke puncak teratas pepohon renek.
0.6 Jika perlu, ukuran keliling untuk tanaman pepohon renek mestilah berukuran 4” lebar x 6” tebal (1:2:4) dengan bebendul terjulur 2” di atas kaki lima.
0.7 Pihak kontraktor adalah bertanggungjawab ke atas segala kerosakan yang wujud di dalam pembetulan segala kerja-kerja adalah tertakluk kepada kelulusan pihak arkitek.
   
D. LAPISAN RUMPUT (TURFING)
0.1 ‘TURFING’ sebagaimana tertentu mestilah daripada jenis rumput yang disyorkan oleh pihak Majlis atau ‘cow grass’ yang tidak ada temucut dan mimosa.
   
E.  PENGINDAHAN DI TAPAK TERTENTU (LANDSCAPE AT RESERVES)
0.1 Pengindahan di atas tapak berikut :
a)    Kawasan surau               
b)    Kawasan tanah lapang           
c)    Pusat kemudahan awam           
d)    Tadika                   
e)    Pusat penjaja                      
f)    Tempat meletak kereta
g)    Jalan susur 40’ dan 20’
h)    Persimpangan jalan utama
i)     Round about (pohon renek)
j)     Bahu jalan utama (pohon dan renek)
k)    Bumper zone
0.2 Persimpangan jalan masuk utama dan di sekitar papan nama perumahan.
0.3 Membekal dan memasang kemudahan-kemudahan awam yang diluluskan seperti kerusi rehat, alat permainan, tong sampah dan lain-lain.
0.4 Membekal dan memasang tiang-tiang eletrik dan lampu di dalam kawasan perumahan dan kawasan lapang. Perlu diingati, pemasangan tiang-tiang eletrik hendaklah dijarakkan 5’ daripada pokok teduhan dan kawasan lanskap. Begitu juga sebaliknya.
0.5 Membekal pasu-pasu bunga yang diluluskan oleh Majlis di setiap hadapan unit Rumah Kedai (1 unit = 2 pasu).
0.6 Tapak surau yang perlu diserahkan kepada Majlis Agama Negeri menurut Syarat-Syarat Kelulusan Pelan Susunatur hendaklah diratakan, ditanam rumput secara ‘close turfing’ 100%. Rumput Tikar yang disyaratkan oleh pihak Majlis atau ‘cow grass dan dipagarkan dengan pagar ‘chain link’ sekurang-kurangnya 4’ tinggi dengan mengadakan pintu masuk keluar serta dikeliling dengan parit konkrit.
   
F. PENYELENGGARAAN
0.1 Penyelanggaraan mestilah dilaksanakan pada jangkamasa sehingga Sijil Layak Menduduki (O.C) diperolehi atau selama 6 bulan selepas tamatnya kerja-kerja pembinaan. Pihak kontraktor adalah bertanggungjawab ke atas pembekalan barangan, peralatan aksesori dan air bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan ini.
0.2 Penyelenggaraan bagi tanaman pokok merangkumi :
a)    Menyiram tanaman                    ..  semingu sekali (ikut keperluan)
b)    Merumput tanaman                    ..  sebulan sekali
c)    Menggembur tanah                    ..  sebulan sekali
d)    Membaiki kayu pancang dan pengikat        ..  sebulan sekali
e)    Mencatas sulur air tanaman /             ..  sebulan sekali
cantasan membentuk
f)    Membajai tanaman                    ..  sebulan sekali
g)    Meracun serangga dan penyakit            ..  jika perlu
0.3 Penyelenggaraan rumput merangkumi
a)    Menyiram tanaman                    .. semingu sekali (ikut keperluan)
b)    Merumput                        ..  jika perlu
c)    Memotong rumput                    ..  jika perlu
   
  Untuk maklumat lanjut sila hubungi  :
Bahagian Landskap
Jabatan Perancangan dan Landskap
Majlis Perbandaran Kulim
Kemaskini Terakhir: Khamis, 16 November 2017 - 3:32pm