MENU

SYARAT-SYARAT KELULUSAN LANSKAP

1. Hendaklah memberitahu Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) secara bertulis tarikh permulaan kerja-kerja lanskap, tarikh bermula kerja-kerja penyelenggaraan dan luput tempohnya supaya Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) dapat mengambil alih kerja lanskap.
2. Pokok-pokok yang dicadangkan hendaklah menepati kehendak-kehendak Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) dan juga hendaklah ditanam atas tapak-tapak yang sesuai dan dilaksanakan penanaman semasa peringkat siap kerja asas jalan dan parit.
3. Kawasan – kawasan lapang, tapak pusat kemudahan, tadika, penjaja dan tapak-tapak yang perlu diserahkan kepada Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) ataupun Kerajaan Negeri menurut syarat-syarat kelulusan pelan susun atur hendaklah diratakan, ditanam dengan ‘close turfing’ 100% rumput jenis yang disyaratkan oleh pihak Majlis atau rumput jenis ‘cow grass’ yang tidak ada temucut dan mimosa. ‘Turfis’ yang mengandungi lalang, temucut dan mimosa perlu dibuang (peringkat awal semasa hendak menanam), manakala lalang, temucut atau mimosa yang mula tumbuh akan dicabut atau dikenakan sebarang bayaran kepada majikan yang terbabit.
4. Pokok-pokok yang ditanam mestilah mempunyai saiz seperti berikut :
 
  • Pokok teduhan dengan ketinggian sekurang-kurangnya 1.8 meter serta garis pusat batang 2.5 cm diukur 1.0 meter daripada pangkal pokok.
  • Pokok renek/ bunga dengan ketinggian 300mm-600mm.
5. Pengindahan di atas tapak berikut :
 
  • Kawasan tanah lapang
  • Pusat kemudahan
  • Tadika
  • Penjaja
  • Tempat meletak kereta
  • Sila sebutkan yang lain jika ada
6. Membekal dan memasang tiang-tiang eletrik dan lampu di dalam kawasan tanah lapang.
7. Tapak surau yang perlu diserahkan kepada Majlis Agama Negeri Kedah Darul Aman menurut syarat-syarat kelulisan pelan susun atur hendaklah diratakan, ditanam turfs secara ‘close turfing’ jenis rumput yang disyaratkan oleh pihak Majlis Daerah Kulim atau ‘cow grass’ yang tidak ada temucut dan mimosa. Tapak surau hendaklah dipagar dengan pagar chink link sekurang-kurangnya 4 kaki tinggi dengan mengadakan pintu masuk serta dikelilingi dengan parit konkrit.
8. Kawasan lapang yang dimajukan hendaklah dilanskapkan dan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan awam seperti bnagku rehat terrazzo, papan gelongsor, jongkang-jongkit, buaian, monkey bars, lampu awam, tong sampah dan alat-alat yang difikirkan perlu oelh Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK).
9. Jenis-jenis alat permainan yang minima yang difikirkan perlu dalam satu kawasan lapang adalah seperti berikut :
  Semua pelan hendaklah mengikut standard pelan Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK).
 
  • 1 papan gelongsor
  • 1 buaian
  • 2 jongkang-jongkit
  • 6 bangku rehat berterazzo
  • 6 tong sampah
10. Semua kawasan lapang yang dilengkapi dengan kemudahan awam hendaklah dibekalkan dan dipasang dengan tiang eletrik dan lampu. Pelan contoh dan jenis lampu dengan tapak hendaklah dilampirkan juga.
11. Pokok-pokok yang ditanam di atas jalan tar atau bahu jalan telah dipremixkan mesti dilengkapkan dikelilingnya dengan kerb konkrit berbentuk bahu kotak empat segi 3 kaki x 3 kaki persegi.
12. Pokok-pokok hendaklah disokong dengan rangka / pancang kayu 2 inci x 1 inci x 5 kaki tinggi daripada aras lantai.
13. Lain-lain syarat dari masa ke semasa tertakluk kepada kehendak-kehendak Majlis.
14. Pemaju hendaklah menyelenggara kerja-kerja lanskap selama sekurang-kurangnya selama 12 bulan daripada tarikh pemberian Sijil Kelayakan Menduduki (O.C) Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK). Sekiranya Sijil Kelayakan Menduduki (O.C) telah diperolehi, kerja-kerja penyelenggaraan  hendaklah bermula daripada tarikh penyiapan kerja penanaman.
15. Pemaju / Pemohon hendaklah mempastikan kerja-kerja penyelenggaraan dilaksanakan berpandukan Skop Kerja / Spesifikasi yang dilampirkan bersama-sama Surat Kelulusan Pelan Lanskap. Majlis akan membuat lawatan dari tapak masa ke semasa sehinggalah ke satu (1) bulan terakhir sebelum tamat tempoh penyelenggaraan bagi memastikan tidak timbul sebarang masalah apabila Majlis mengambil
  • Kerusi : 200-300 unit
  • Meja Bulat : 10-20 unit
    • Bayaran cagaran dan sewaan hendaklah dibayar sebelum penggunaan padang.
    • Memastikan keselamatan harta benda/peralatan serta kelengkapan yang terdapat di dalam padang dan kawasan sekitarnya.
    • Memastikan kebersihan padang dan kawasan sekitarnya pada setiap masa terutama selepas penggunaan padang.
    • Memastikan tiada sebarang gangguan kepada masyarakat setempat.
    • Pemohon adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam soal keselamatan semasa & selepas acara dijalankan terhadap sebarang tingkah laku orang awam/pengguna.
    • Pihak majlis berhak membuat pembatalan @ perubahan tarikh terhadap sebarang permohonan/penyewaan terutamanya untuk aktiviti-aktiviti yang lebih diberi keutamaan dan pihak majlis tidak terikat untuk mengganti mana-mana dewan lain sebagai ganti.
    • Pihak majlis berhak mengambil sebarang tindakan terhadap penyewa sama ada memotong wang cagaran @ lain-lain tindakan, sekiranya terdapat mana-mana syarat yang tidak dipatuhi.
    • Selepas tarikh penggunaan padang dan kebersihan sempurna, pemohon perlu datang ke unit gerai untuk menuntut kembali cagaran dengan mengemukakan resit asal cagaran dan salinan kad pengenalan pemohon.
    • Cagaran Kebersihan : RM150
    • Sewa : RM300

 

Kemaskini Terakhir: Ahad, 16 Julai 2017 - 10:14am