Pusat Bandar
Di persekitaran Bandar Kulim masih lagi rumah kedai yang wujud sebelum zaman Perang Dunia Kedua lagi. Malangnya, kebanyakkannya telah pun diruntuhkan untuk membina bangunan-bangunan yang baru. Simbol yang terkenal di Bandar Kulim adalah menara jamnya yang masih lagi berfungsi. Keluasan bandar Kulim adalah seluas 26,706 hektar.
(Gereja Katolik Kulim)
Kawasan Kejiranan di Bandar Kulim
Terdapat banyak taman-taman perumahan yang dibuka di sekitar Bandar Kulim. Antara kawasan taman perumahan yang terbesar ialah Taman Selasih yang lengkap dengan pusat komersialnya tersendiri.
Senarai Kawasan Kejiranan
- Bukit Keranji
- Bukit Kulim
- Kampung Air Merah
- Kampung Darul Aman
- Kampung Syed Syeh
- Kampung Tunku Putra
- Keladi
- Kelang Lama
- Taman Bersatu
- Taman Dahlia
- Taman Kempas Indah
- Taman Kemuning
- Taman Selasih
- Taman Semarak
- Taman Seroja
(Hadapan Bangunan Bersejarah Di Kulim) |
(Stesen Bas ke Kulim) |
Peta Kulim |