MENU

Tree Top Walk, Sedim adalah titi gantung sepanjang 1.5 km. Ianya terletak di kawasan Hutan lipur Sungai Sedim dan hanya 30km daripada Bandar Kulim. The Tree Top Walk mempunyai ketinggian sehingga 34450 mm dari aras tanah.  Hutan Lipur Sedim terletak di kawasan Gunung Inas yang cantik dan dipenuhi alam flora dan fauna.


Disamping merasai keseronokan menaiki titi gantung ini, pengunjung juga dapat menikmati keindahan alam semula jadi yang segar, hijau dan nyaman. Pengunjung juga boleh mengenalpasti setiap jenis pokok yang terdapat di Hutan Lipur ini kerana setiap flora telah diletakkan label.

Antara pokok yang dikenalpasti seperti pokok Kulim, Meranti, Cengal, Sesenduk dan pokok hutan yang lain. Para pengunjung juga disediakan tempat untuk mendapatkan maklumat. Terdapat berbagai cenderamata yang beraneka corak, bentuk dan warna untuk para pengunjung jadikan kenang-kenangan.

Setelah penat berjalan, penginapan juga ada disediakan. Bintang Sedim Villa bertaraf chalet. Ringkas, cantik dan nyaman, itulah konsep Bintang Sedim Villa. Disini juga pengunjung boleh melakukan aktiviti lasak seperti berkayak dan aktiviti mendaki gunung.

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 22 Jun 2017 - 9:41am