MENU

Taman Tasik Putra, Kulim
Disediakan oleh : Unit Web Dan Penerbitan.

PENGENALAN

Pusat Pelancongan dan Reakreasi Taman Tasik Putra Kulim ini telah menjadi salah satu produk pelancongan bagi Daerah Kulim. Ianya menjadi semakin terkenal sejak Hotel Seri Malaysia Kulim beroperasi di kawasan ini. Selain daripada itu Kompleks 'Chinese Recreation Club' yang terletak bersempadan dengan Taman Tasik ini telah berjaya menarik ramai pelancong luar untuk menggunakan kemudahan rekreasi di kawasan tersebut. Pusat Pelancongan ini juga merupakan salah satu projek yang menjadi fokus utama Majlis Perbandaran Kulim dan Kerajaan Negeri untuk tujuan pembangunan rekreasi dan pelancongan.

PERIHAL:

Taman Tasik Putra Kulim terletak di tengah-tengah Pusat Bandar Kulim. Ianya dikelilingi oleh pusat perniagaan dan pentadbiran di sebelah Baratnya dan kawasan perumahan di sebelah Utara, Timur dan Selatannya. Dengan keluasan taman ini ialah 50 ekar dan sebahagian daripadanya adalah merupakan kawasan badan air yang berkeluasan dianggarkan 14.0 ekar.

Fungsi utamanya ialah sebagai Taman Tasik Awam dan Kolam Takungan Air bagi kawalan banjir Bandar Kulim. Sungai Tebuan yang bersumberkan airnya dari Empangan Bukit Besar serta alirannya merentasi kawasan tadahan yang meliputi Kampung Baru Bukit Besar, Kampung Darul Aman, Penempatan Jalan Pegawai, Kuarters Polis juga merupakan penyumbang utama air ke tasik ini.

Kedudukannya yang bersebelahan dengan Sungai Wang Pinang yang bersumberkan airnya dari kawasan bukan penempatan merupakan aset yang wajar dimanfaatkan untuk aktiviti rekreasi. Antara aktiviti rekreasi yang boleh dilakukan adalah seperti memancing, berkayak, aktiviti senamrobik dan sukan keluarga.

Sejarah Lokasi.
Kawasan Taman Tasik Putra adalah salah satu Kawasan Bekas Lombong Bijih Timah. Ianya mula dibuka untuk aktiviti perlombongan pada tahun 1850an dan di sinilah bermulanya Pusat Bandar Kulim.

Selain daripada kawasan perlombongan bijih timah di kawasan Taman Tunku Putra, terdapat lagi kawasan Lombong bijih timah yang telah dibuka di kawasan Kulim pada masa itu terutamanya di Kampung Bukit Besar, Karangan, Terap dan Kelang Lama.

Kawasan bekal lombong di Taman Tunku Putra ini mula diberi perhatian untuk dijadikan Taman Awam sejak dilaksanakan berdasarkan kepada Pelan Induk Taman Tasik Putra Kulim. Program Agenda 21 Kulim telah banyak menyumbangkan kepada peri pentingnya taman ini untuk warga Kulim.

 

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 14 September 2017 - 4:17pm