MENU

Salam Sejahtera, YBhg.Datuk/Dato'/Tuan/Puan :

  Soal Selidik Kajian Kepuasan Hati Pelanggan ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas mengenai sistem penyampaian perkhidmatan pelanggan Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) kepada masyarakat setempat/ penduduk, rakan strategik, stakeholders , dan semua pelanggan MPKK. 

  Sehubungan itu, sukacitanya dimohon YBhg.Datuk/Dato'/Tuan/Puan untuk membantu kami mengisi soal selidik ini serta mengedarkan kepada rakan-rakan/ agensi-agensi yang lain.

  Soal Selidik ini boleh dicapai dan diisi terus melalui alamat URL ini https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe5AzveKpRTJd6OCMGpQc3JRLXcXUlmqWfMPzZThkZFG211XQ/viewform?usp=sf_link

Kerjasama dan perhatian semua amatlah dihargai untuk membantu MPKK memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. 

 

"KULIM BERSIH, INDAH, MAJU DAN SELAMAT"

Unit Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam 
Majlis Perbandaran Kulim

Kemaskini Terakhir: Rabu, 8 April 2020 - 4:59pm