MENU


Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dalam melaksanakan Program Malaysia Inklusif Negara Digital (MINDA). Hasrat kerajaan dalam melaksanakan program ini adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat mengenai perkhidmatan akses jalur lebar berkelajuan tinggi, mempromosikan manfaat yang boleh diperolehi menerusi penggunaan digital serta memberi kesedaran mengenai keselamatan penggunaan media sosial. Program ini juga dalam hasrat merapatkan jurang penyaluran makluman diantara Kerajaan dengan komuniti setempat. Anda semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program yang berlangsung selama 3 hari. Tarikh dan tempat adalah seperti berikut.

Tarikh : 20-22 April 2018
Tempat : Dataran Kulim, Kulim Kedah

 

Kemaskini Terakhir: Ahad, 24 Jun 2018 - 9:35am