MENU

SYARAT-SYARAT PEMBERIAN CENDERAMATA

 

Syarat-syarat kelayakan bagi pembayar cukai taksiran yang terawal untuk mendapat cenderamata semasa membuat bayaran di kaunter bayaran MPKK:

a)    Cenderamata akan mula diberikan pada 1 Disember 2015

b)    Bagi pembayar cukai taksiran pada bulan Oktober dan November 2015 yang ingin membuat tuntutan cenderamata perlulah membawa bersama resit pembayaran sebagai bukti.

c)    Cukai taksiran perlu dibayar untuk tempoh setahun iaitu tahun 2016.

d)    Cenderamata diberikan kepada pemilik kediaman rumah sahaja yang mana bil cukai taksiran atas nama persendirian.

e)    Pelanggan yang masih mempunyai bil cukai taksiran atas nama pemaju haruslah menukar kepada nama persendirian sebelum Februari 2016 bagi mendapatkan cenderamata.

f)     Cop sumbangan haruslah disertakan bagi menandakan pembayar tersebut telah mendapat cenderamata.

g)    Tiada had pembayaran cukai taksiran untuk menerima cenderamata.

TUAN YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KULIM
15.12.2015

Kemaskini Terakhir: Isnin, 23 September 2019 - 5:41pm