MENU

Laporan Publisiti dan Bantahan Awan ini disediakan untuk :

Memaklumkan mengenai Program Publisiti dan Penyertaan Awam yang telah dilaksanakan bagi Draf RTD Kulim dan sambutan orang awam terhadapnya: dan

Membincangkan ulasan/pandangan daripada  Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah dan Majlis Perbandaran Kulim mengenai bantahan/pandangan yang telah dikemukakan oleh orang awam sebagai persediaan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Bantahan Awam.

DEFINISI PUBLISITI

Publisiti dalam konteks rancangan pemajuan ditakrifkan sebagai usaha-usaha dan langkah-langkah pemberitahuan kepada orang awam oleh Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan (PBPT) semasa menyediakan rancangan pemajuan bagi kawasan di bawah pentadbirannya. Publisiti juga bermaksud pemberitahuan kepada seberapa ramai org awam bagi meneliti cadangan-cadangan lapopran dan membuat perwakilans erta memberi pandangan/bantahan sepertimana yang dihasratkan oleh penduduk tempatan untuk dipertimbangkan sebelum merumuskan laporan akhir

KEPERLUAN PUBLISITI DAN BANTAHAN AWAM

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (akta 172) telah memperuntukan  kepada PBPT untuk menjalankan publisiti berkenaan dengan DrafRrancangan Tempatan melalui pemberitahuan dan penyertaan awam dalam seksyen 13 dan 14.

sila klik untuk
notis_majlis_perbandaran_kulim_kedah_2_3.pdf
drt.pdf

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 19 April 2018 - 2:59pm