MENU

 

Kulim - Pada 18.1.2016 Program Transformasi Sosial Strategi Launtan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan tema 'Kejiranan Indah' yang berlangsung di Flat Taman Jati Kulim telah berjaya dilancarkan. Antara tetamu yang hadir YB Dato'Badrol Hisham Hashim, Tuan Yang Dipertua MPKK, SWCorp, jabatan-jabatan kerajaan daerah Kulim dan penduduk-penduduk Kulim.

Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato'Badrol Hisham Hashim (Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, SUmber Air dan Tenaga negeri kedah Darul Aman).

Antara acara yang berlangsung adalah Bacaan Ikrar oleh penduduk Rumah Pangsa Taman Jati, penyerahan alat pemadam api kepada ahli bomba, penyerahan kunci sangkar kitar semula, pemakaian vest dan penyerahan mesin mist blower kepada KRT Taman Jati, penyerahan mesin rumput sandang, penyerahan kunci motorsikal, penyampaian 'Community Leader Award', demontrasi pencegaran kebakaran, melawat pameran dan lain-lain lagi.

"Dalam usaha menjadikan kawasan rumah pangsa taman jati lebih indah dan menarik serta dilengkapi dengan kemudahan awam, sebanyak 2.9j telah diperuntukan untuk tujuan tersebut. Ini melibatkan blok A, B, C dan D. Peruntukan akan disalurkan secara berperingkat sehingga selesai kerja-kerja membaikpulih infrastruktur dijalankan." antara ucapan perasmian YB Dato'Badrol Hisham Hashim.

Beliau juga merakamkan jutaan terima kasih kepada yang terlibat bagi menjayakan program ini dengan sempurna.

Majlis berakhir dengan memotong reben dan menandatangai plag Rumah Pangsa Taman Jati serta melawat pameran yang terdiri dari pelbagai agensi.

klik untuk gambar

Kemaskini Terakhir: Sabtu, 15 April 2017 - 9:33am