MENU

disediakan oleh : Unit Web MPKK

MPKK, 16 April 2019 - telah menganjurkan Program Rapat Rakyat 2019 yang berlangsung bermula 22-24 Mac 2019 . Program ini di adakan di Mini Stadium Keladi

Majlis mengalu-alukan kedatangan YB, Encik Tan Kok Yew, BKM - Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan. Ketibaan beliau disambut oleh Tuan Yang Dipertua MPKK serta Tuan Setiausaha MPKK dan pegawai-pegawai dari MPKK. 

Program Rapat Rakyat juga turut dirasmikan oleh YB, Encik Tan Kok Yew, BKM - Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan. 

Antara pengisian aktiviti pada program tersebut seperti pameran booth-booth badan kerajaan/swasta/pendidikan, gerai peniaga kecil, sukan lasak MTB Jamborace, bolasepak, gubahan bunga, dan macam-macam lagi.

Dalam ucapan perasmian beliau selain mendokong dasar-dasar kerajaan, beliau amat menitikberatkan tentang kesejahteraan sosial rakyat di Kulim. Dengan program ini hasrat untuk merapatkan jurang antara pihak kerajaan dengan penduduk akan terlaksana. Di Akhir ucapan, beliau amat menyokong program-program ini di jalankan secara berterusan.

Kemaskini Terakhir: Rabu, 26 Jun 2019 - 12:24pm