MENU

PROGRAM CINTAILAH SUNGAI DAN TASIK KITA - SUNGAI KITA WARISAN KITA
(PROGRAM DI BAWAH LOCAL AGENDA 21 MAJLIS PERBANDARAN KULIM)

KULIM -18 Oktober 2020  Penganjuran di bawah Program Local Agenda 21 MPKK yang diadakan di Sungai Tebuan, Kulim ini adalah atas galakan daripada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan bertemakan Cintailah Sungai Kita - Sungai Kita Warisan Kita.

Aktiviti pembersihan tertumpu di kawasan sekitar sungai dan di sepanjang tebing sungai ini. Sungai ini amat berpotensi tercemar dengan pembuangan sampah haram dan alirannya akan membawa terus ke Tasik Putra, Kulim yang menjadi antara tempat tumpuan orang ramai beriadah.

Bagi mencapai hasrat dan kejayaan program ini, MPKK mendapat kerjasama erat rakan-rakan strategik antaranya Jabatan Pengairan dan Sungai (JPS), SWCorp, IPD Kulim, E-Idaman Sdn. Bhd., IWK Kulim, AJK Surau Nur-Hidayah Taman Seri Kulim, SMA Tarbiah Diniah Kulim dan juga sukarelawan yang terdiri daripada NGO dan penduduk sekitar. Bahagian Kerajaan Tempatan dari Pejabat Setiausaha Negeri Kedah juga turut sama hadir menyertai program.

Program dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

 

Kemaskini Terakhir: Rabu, 2 Disember 2020 - 11:55am