MENU

KULIM 14.8.2016 : Sempena syawal yang dirai, MPKK turut mengambil kesempatan mengadakan sambutan Hari Raya kepada anggota dan pelanggan MPKK pada 2.8.2016 bersamaan 28 Syawal 1437H.

Pelbagai jenis juadah disediakan seperti lemang, ketupat, satey dan sebagainya.

Majlis diadakan bersekali dengan Perhimpunan Bulanan MPKK untuk bulan Ogos 2016 di ruang legar MPKK. Tuan Ydp MPKK, Haji Md Nordin dlm ucapannya yakin dengan perkhidmatan yang telah diberi oleh MPKK kepada masyarakat. MPKK akan terus bergerak kehadapan sejajar dengan keperluan masa kini.

Majlis juga turut meraikan pesaraan anggota yang bersara wajib iaitu En. Abd Aziz bin Omar, Pembantu Awam, Jabatan Kejuruteraan.

Kemaskini Terakhir: Khamis, 29 Jun 2017 - 10:41am