MENU

Kulim, 13 februari 2018 - MPKK telah menerima pengauditan daripada pihak MAMPU bagi pensijilan program EKSA di MPKK. MPKK telah mengadakan pelancaran program EKSA pada 3 Ogos 2017 yang lalu dan mengadakan audit dalaman sebanyak dua kali. MPKK diwakili oleh 5 zon utama iaitu Zon Inovatif, Zon Kreatif, Zon Sejahtera, Zon Dinamik dan Zon Integriti yang diketuai oleh Ketua Zon masing-masing telah menggunakan kreativiti dan inovasi tersendiri dalam melaksanakan serta merealisasikan hasrat pengurusan MPKK untuk memperolehi pensijilan EKSA dengan tahap Cemerlang.

Sokongan padu daripada pihak pengurusan dan komitmen warga kerja MPKK telah meletakkan MPKK antara PBT terbaik di rantau ini. Pembudayaan program kualiti oleh warga MPKK selari dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan penjawat awam warga bertaraf cemerlang dan sentiasa memberi perkhidmatan terbaik terhadap masyarakat Kulim khususnya.

Faedah daripada pelaksanaan program EKSA ini secara tidak langsung akan meningkatkan produktiviti kerja anggota dan menyediakan warga kerja yang sentiasa bergerak dalam satu pasukan. Sesi pengauditan yang telah dilaksanakan bermula dengan majlis pembukaan dan diakhiri dengan majlis penutupan yang telah dipengerusikan oleh Tuan Yang Dipertua.

TAHNIAH kepada semua warga kerja MPKK dalam merealisasikan hasrat pengurusan sesuai dengan visi dan misi MPKK sebagai peneraju pengurusan perbandaran yang dinamik dan mampan.

Kemaskini Terakhir: Khamis, 30 Ogos 2018 - 12:08pm