MENU

 

Kulim 10.8.2017 - Majlis Perbandaran Kulim telah melancarkan Program EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) 2017 pada tanggal 03 Ogos 2017. Majlis Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Haji Rohaizad bin Rashid, Yang Dipertua MPKK. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ahli Majlis MPKK iaitu Dato’ Parasuraman, Haji Bakhri, Encik Azlan dan Encik Nazri sebagai sokongan terhadap program MPKK.

MPKK telah mula melaksanakan program 5S sejak tahun 2013 dan telah memperolehi pensijilan melalui pengauditan oleh MPC dan tamat pada 2015. Bagi menyahut seruan kerajaan agar semua agensi kerajaan melaksanakan EKSA, MPKK tidak terkecuali dan telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan program ini. Sejajar dengan usaha Kerajaan dan MPKK untuk membudayakan amalan hijau, MPKK yakin program EKSA ini dapat membantu MPKK terus cemerlang.

Majlis tersebut turut menyerahkan sijil pelantikan kepada Penyelaras, Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Promosi, Audit dan Ketua-ketua Zon Sejahtera, Dinamik, Inovatif serta Integriti. Bagi memastikan amalan hijau terus dibudayakan, satu pertandingan mencipta tong kitar semula telah diadakan  dan hadiah utama telah disandang oleh Zon Sejahtera. Yang Dipertua MPKK yakin dengan kerjasama daripada semua anggota program EKSA ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

 

Kemaskini Terakhir: Selasa, 12 Disember 2017 - 4:10pm