MENU

KULIM 29/7/2020 - Operasi bersepadu bersama 58 Pegawai Penguatkuasa Kementerian Kesihatan Malaysia, KPDNHEP Kulim dan PDRM untuk pemantauan pematuhan SOP PKP dan kebersihan premis makanan dan pasaraya di dalam daerah Kulim.

Antara pasaraya yang telah dibuat pemeriksaan adalah Tesco, Giant, Home Mart, Marco Polo, Zen Vista, Minat dan TF Mart.

Selain itu, 5 buah restoran juga telah diarahkan tutup selama 14 hari untuk kerja-kerja pembersihan. Operasi ini akan dijalankan dari masa ke semasa. 

Kemaskini Terakhir: Isnin, 10 Ogos 2020 - 4:34pm