MENU

disediakan oleh : Unit Web, MPKK

KULIM 18/6/2016 - Majlis Perbandaran Kulim Kedah sekali lagi dikunjungi oleh Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia (KPKK) Negeri Kedah - Puan Noor Asa Binti Elang,  sempena Inspektorat Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan. Tuan Yang Dipertua, Tuan Setiausaha serta Pengarah-pengarah Jabatan, Ketua Bahagian serta anggota yang terlibat mengalu-alukan kedatangan pasukan Inspektorat Keselamatan Keselamatan Perlindungan Negeri Kedah. 

Turut hadir bersama pasukan terdiri dari Encik Mohd. Nawawi bin Deris, ENcik Muhammad Fairuz bin Kamran, Encik Rohi Azman bin Ramli dan Encik Muhammad Luqman Hakim bin Said. 

Pengauditan bermula pada 16hb Jun 2019 dan berakhir pada 17hb Jun 2019. Tujuan Inspektorat Anugerah Khas ini adalah bagi mengiktiraf tadbir urus Keselamatan Perlindungan yang terbaik di agensi kerajaan dalam usaha ke arah meningkatkan komitmen Ketua Jabatan serta Pegawai Keselamatan jabatan untuk secara konsisten mengamalkan dan melaksanakan keselamatan di MPKK. 

Kemaskini Terakhir: Ahad, 14 Julai 2019 - 11:50am