MENU

LAWATAN SAMBIL BELAJAR OLEH PELAJAR DIPLOMA KESIHATAN PERSEKITARAN SEMESTER 1, UiTM PULAU PINANG, KAMPUS BERTAM KE MAJLIS PERBANDARAN KULIM

Majlis Perbandaran Kulim telah menerima kunjungan daripada Pelajar-pelajar UiTM Kampus Bertam pada 22 Ogos 2016. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada jurusan Diploma Kesihatan Persekitaran yang bertujuan untuk mendapat pendedahan yang lebih mendalam mengenai aktiviti perkhidmatan kesihatan di bawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan terutamanya dalam bidang Kesihatan Persekitaran. Lawatan ini juga bertujuan untuk memenuhi keperluan subjek Pengenalan kepada bidang Kesihatan Persekitaran.

Kumpulan ini diketuai oleh seorang pensyarah dan 30 orang Pelajar wanita. Taklimat dimulakan dengan pembukaan oleh Encik Ahmad Shakir bin Arus, Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran bersama pembantunya Puan Mazlina Wahab dan Puan Siti Rohayu binti Mokti. Taklimat tersebut turut memberi peluang kepada Pelajar untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan. Pelajar-pelajar turut di bawa ke lapangan bagi melihat aktiviti kebersihan yang dilaksanakan oleh pihak kontraktor pembersihan E-Idaman.

Kemaskini Terakhir: Sabtu, 15 April 2017 - 9:33am