MENU

Langkawi 3.5.2017 - MPKK dinobatkan kontinjen terbaik pada acara Penutup Sukan PBT 2017 Pulau langkawi yang berlangsung pada 27 April 2017 di Stadium Langkawi, Pulau Langkawi.

Sebanyak 9 acara telah dipertandingkan, antaranya bolasepak, futsal, boling, bolajaring, pingpong, dart, carom, tarik tali dan badminton.  Majlis Perbandaran Kulim berjaya membawa pulang pingat emas - johan keseluruhan dalam acara boling, pingat perak dalam acara pingpong dan futsal dan gangsa untuk acara tarik tali.

Sukan Pbt telah menjadi sukan rasmi bagi Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah yang berlangsung setiap 2 tahun. Antara PBT yang terlibat adalah Dewan Bandaraya Alor Setar, Majlis Perbandaran Kulim, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Majlis Perbandaran Langkawi, Pihak Berkuasa Tempatan Hi-Tech, Majlis Daerah Kubang Pasu, Majlis Daerah Yan, Majlis Daerah Pendang, Majlis Daerah Bandar Bharu, Majlis Daerah Baling, Majlis Daerah Padang Terap. Walaubagaimanpun juara keseluruhan Sukan Pbt 2017 masih milik Majlis Bandaraya Alor Setar. 

Sekalung tahniah diucapkan kepada kontinjen yang berjaya dan cuba lagi pada tahun 2019 di Daerah Kubang Pasu. Selamat Maju Jaya.

Kemaskini Terakhir: Khamis, 14 September 2017 - 4:17pm