MENU

Kejohanan Boling Sempena Piala Yang Dipertua yang berlangsung 9hb hingga 11hb Disember 2016 bertempat di Ole-ole Superbowl Landsmark Giant, Kulim. Kejohanan berlangsung selama tiga hari dengan menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak rm19710.00

Sebanyak 3 kategori telah dipertandingkan antaranya Kategori terbuka berkumpula, Kategori Pihak Berkuasa Tempatan dan Master. Seramai 67 pasukan menyertai kejohanan tersebut.

Majlis turut meraikan kedatangan Tuan Yang Dipertua MPKK selaku merasmikan Kejohanan tersebut. Hadiah utama RM6000 telah dimenangi oleh pasukan DND PROSHOP dengan jatuhan pin 3150, Manakala tempat kedua dimenangi oleh MBPJ C dengan jatuhan pin 3136, dan tempat ketiga dimenangi pasukan MBPJ Z dengan jatuhan pin 3091.

Bagi Kategori Pihak Berkuasa Tempatan pula, tempat pertama jatuh kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya, tempat ke dua Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, tempat ke tiga Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, tempat ke empat Majlis Bandaraya Ipoh, tempat ke lima Majlis Perbandaran Kulim dan seterusnya Majlis Bandaraya Alor Setar.

Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah bagi kategori Master oleh Tuan Setiausaha MPKK pada jam 7.00 petang.

klik untuk gambar selanjutnya

Kemaskini Terakhir: Khamis, 10 Ogos 2017 - 3:54pm