MENU

Julung kali MPKK menganjurkan program Rapat Rakyat yang akan berlangsung pada 22 hingga 24 Mac 2019 bertempat di Stadium Mini Keladi, Kulim. Program ini bertujuan untuk bertemu penduduk setempat disamping memberi peluang mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang telah disediakan.

Pelbagai penglibatan agensi kerajaan akan mengambil bahagian pada hari karnival tersebut. program ini akan bermula dengan pameran dan kaunter-kaunter perkhidmatan dari MPKK dan agensi kerajaan lain dan juga swasta. Antara kaunter yang terlibat adalah Kaunter Cukai Taksiran, Kaunter Aduan, Kaunter Kesihatan, Kaunter Pekerjaan, Kaunter Keselamatan dan berbagai lagi boleh didapati di Karnival ini.

Slot riadah sekeluarga juga boleh di dapati di karnival dengan menyertai aktiviti melukis, mewarna untuk kanak-kanak ,  memasak, menghias kek, gubahan bunga untuk golongan wanita dan untuk golongan lelaki pula seperti street soccer, sepak raga tuju dan berbagai lagi.

Tidak lupa juga bagi remaja lepasan SPM, pengunjung boleh menyertai karnival pendidikan dan kerjaya bersama pihak Politeknik Kulim.

Kepada penggemar makanan, juga disediakan gerai-gerai makan yang berkonsepkan 'food truck' boleh ditemui disini. Rasai kepelbagaian menu dari pelusuk tempat. 

Secara umumnya, program ini merupakan salah satu platform yang membina jaringan hubungan dan interaksi di peringkat lebih tinggi iaitu Kerajaan Negeri dan Tempatan serta agensi-agensi Kerajaan, pihak Swasta dan komuniti setempat dan orang awam.

Majlis Perbandaran Kulim menjemput semua penduduk seluruh Daerah Kulim untuk datang beramai-ramai bagi memeriahkan lagi Karnival Rapat Rakyat yang dianjurkan oleh MPKK. 

Kemaskini Terakhir: Ahad, 18 Ogos 2019 - 9:21am