MENU


Maju Sukan Untuk Negara, MPKK telah mengambil inisiatif mengadakan karnival mini sukan MPKK bermula 3 April hingga 5 April 2018. 10 jenis sukan telah dipertandingkan iaitu Bola Sepak, Bola Jaring, Congkak, Ping Pong, Karom, Dam Aji, Dart, Badminton, Tarik Tali dan Boling. Setiap anggota diwajibkan untuk menyertai sekurang-kurangnya satu sukan bagi memastikan penglibatan menyeluruh semua anggota.

Bagi memastikan kelancaran program ini, sebanyak 5 rumah sukan telah diwujudkan yang diketuai oleh Pengarah Jabatan iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekiu , Hang Lekir dan Hang Kasturi. Beberapa lokasi utama telah diadakan dimana Badminton telah diadakan di Dewan Bandaran, Ping Pong, Tarikh Tali, Bola Jaring dan Bola Sepak telah diadakan di Stadium Mini Keladi, lain-lain acara telah diadakan di Pejabat MPKK. Sokongan padu dan kerjasama daripada semua anggota telah berjaya menamatkan karnival ini dengan baik.

Majlis penutup Karnival Sukan ini telah diadakan di Stadium Mini Keladi pada 5 April 2018 jam 2.30 petang. Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Setiausaha, Tuan Haji Saiful Anwar bin Azmi dan beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua anggota yang telah menunjukkan kesungguhan dan komitmen dalam menjayakan mini sukan ini. Beliau berharap karnival sukan seperti ini dapat diadakan dan dijadikan sukan tahunan kepada warga kerja MPKK supaya kesihatan perlu dijaga disamping melaksanakan tugas-tugas harian. Gimik perasmian telah disampaikan oleh team paramoto dan atlet MPKK dengan menyerahkan bendera kepada Tuan Setiausaha. Beliau turut menerima tabik hormat daripada semua rumah yang memperagakan pelbagai pakaian dan persembahan.

Pemenang-pemenang adalah seperti berikut :-

Johan -  Rumah Hang Tuah

Naib Johan – Rumah Hang Lekiu

Ketiga – Rumah Hang Kasturi

Ketiga – Rumah Hang Lekir

Kelima – Rumah Hang Jebat

 

Perarakan terbaik – Rumah Hang Jebat
Sorakan Terbaik – Rumah Hang Kasturi

Majlis telah bersurai pada jam 6.00 petang dan masing-masing melahirkan rasa kegembiraan dan kesyukuran dengan selesainya majlis tersebut. Tahniah kepada yang berjaya dan semoga berjumpa lagi di tahun hadapan.

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 16 Ogos 2018 - 3:32pm