MENU

APAKAH PERANAN PENDUDUK?


Disediakan oleh : Unit Web, MPKK
KULIM 21/7/2019 - Forum Aduan Rakyat yang dianjurkan oleh MPKK telah berlangsung di Fuller Hotel, Kulim. Majlis dihadiri seramai 130 orang yang terdiri dari Ahli-ahli Majlis MPKK, Pemimpin Masyarakat, Wakil Penduduk Zon, wakil-wakil Agensi Jabatan Daerah Kulim, Pegawai Kawasan MPKK serta Ketua-ketua Jabatan MPKK. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Puan Suraiya Binti Hashim - Ahli Majlis MPKK selaku Ahli Jawatankuasa Pengurusan Aduan Awam. 

Antara tujuan pelaksanaan forum ini adalah untuk membicarakan tentang  pendekatan amalan terbaik dalam pengurusan aduan awam di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan dan memantapkan lagi perkhidmatan kepada penduduk setempat dalam memenuhi ekspretasi orang awam terhadap perkhidmatan awam.

Majlis turut dirasmi oleh Tuan Haji Saiful Anwar bin Azmi AMK.,BCK - Setiausaha Majlis Perbandaran Kulim.

Sesi forum kali ini dibarisi oleh panel penceramah iaitu Nazmi bin Abd Shukor - Pengarah Aduan Awam Jabatan Persekutuan dan Agensi Negeri Pulau Pinang/Kedah/ Perlis, Puan Siti Fatimah Binti Mohd Akhir - Pengarah Unit Undang-undang MPKK dan Ustaz Amir Shahrizal Bin Md Sharil (PU Amir) . 

Kemaskini Terakhir: Ahad, 20 Oktober 2019 - 9:15am