MENU

KULIM 1/10/2019 - Sukan motor lasak - DIRTBIKE MOTOCROSS anjuran MPKK dibawah program pelancongan telah berjaya menarik minat lebih 500 orang penyertaan. Sukan ini berlangsung pada 16 September 2019. Trail sukan motor lasak ini merangkumi Taman Merak, Sungai Ular dan tamat di Hutan Lipur Ulu Paip. 

Bersempena Hari Malaysia, program ini salah satu tarikan Ekopelancongan negeri Kedah dengan bertemakan "Kulim Ecotourism Funtrail Dirtbike Motocross 2019". 

Perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Haji Othman bin Don - Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kulim. 

Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) berharap program ini dijadikan sebagai produk pelancongan daerah yang diadakan secara tahunan. Program ini juga turut mendapat kerjasama dan sokongan daripada pelbagai pihak seperti PDRM Daerah Kulim dan juga Agensi Pertahanan Awam dalam menjayakan program ini.

Kemaskini Terakhir: Isnin, 2 Disember 2019 - 5:03pm