MENU

Lawatan Tuan Pegawai Daerah Kulim, 
Tuan YDP MPKK, Jurutera Daerah JPS, Ahli Majlis Zon 4 Encik Sulaiman serta pegawai-pegawai ke kawasan terlibat dengan banjir di Kg. Terap.
28 Oktober 2020 , 3.00 petang.

Tindakan awalan adalah dengan mendalamkan serta melebarkan kolam takungan sediada untuk menangani masalah banjir kilat yg berlaku di Kampung Terap. Tindakan ini akan dilaksanakan bagi menghalang air pasang memasuki sistem perparitan ketika hujan lebat kerana punca banjir kilat berlaku di kawasan ini ialah air larian permukaan tidak dapat disimpan dan kolam takungan sediada tidak mampu menampung kuantiti air pada masa hujan lebat.

 

Kemaskini Terakhir: Rabu, 2 Disember 2020 - 11:55am