MENU

TARIKH : 22 APRIL – 24 APRIL 2018

MPKK telah menerima kunjungan pengauditan pengekalan dan menaiktaraf piawaian MS ISO 9001:2008 kepada MS ISO 9001:2015 daripada pihak SIRIM pada 22 hingga 24 April 2018. Majlis telah dimulakan dengan pembukaan oleh pihak pengurusan iaitu Tuan Haji Rohaizad bin Rashid, Yang Dipertua MPKK. Taklimat pengenalan organisasi dan pelaksanaan standard telah disampaikan oleh Puan Hasnita Mohd Hashim selaku wakil pengurusan.

Barisan audit telah diketuai oleh Encik Khalid bin Saleman, Encik Azran bin Mohamad Ridzuan dan Encik Rajakumaran Karnagaran. Pengauditan melibatkan pelaksanaan standard lama dan naik taraf. Sebanyak 43 proses kerja telah didokumenkan dari semua Jabatan di MPKK. Beberapa pembahagian pengauditan mengikut Jabatan dan tempat telah disesuaikan mengikut keperluan oleh Bahagian Pembangunan Organisasi selaku urusetia program kualiti MPKK.

Hasil daripada pengauditan pengekalan dan naik taraf ini, pihak SIRIM telah membuat beberapa teguran yang merupakan penambahbaikan terhadap beberapa proses utama iaitu pelaksanaan Pelan Pengurusan Risiko dan isu-isu yang melibatkan luaran dan dalaman. Kerjasama daripada semua Pengarah, Pegawai Kualiti dan anggota di setiap Jabatan dalam proses pengauditan sangat baik dan lancar.

Ketua Juruaudit iaitu Encik Khalid bin Saleman telah mengumumkan bahawa MPKK telah layak dipersijilkan kepada standard baru iaitu MS ISO 9001:2015. Pihak pengurusan telah merakamkan jutaan TAHNIAH dan terima kasih kepada semua Pengarah, Urusetia dan seluruh anggota MPKK atas kerjasama dan kesungguhan yang ditunjukkan dalam memastikan MPKK terus cemerlang.

Kemaskini Terakhir: Isnin, 19 November 2018 - 1:41pm