MENU

-Lawatan Kerja YB Sr Tan Kok Yew, BKM ke MPKK-

KULIM 12.6.2018 - Majlis Perbandaran Kulim telah menerima kunjungan pertama daripada YB Sr. Tan Kok Yew, EXCO Pelancongan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Kedah Darul Aman. Beliau telah membuat kunjungan ke semua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah Darul Aman. Lawatan beliau bertujuan untuk mendapatkan maklumat, potensi dan isu-isu yang berlaku di Daerah Kulim.

Beliau telah disambut oleh Tuan Haji Rohaizad bin Rashid, Yang Dipertua MPKK, Tuan Setiausaha dan Pengarah-Pengarah Jabatan MPKK. Turut hadir bersama YB ialah SUB KT dan beberapa pegawai kanan KT. Beliau telah dibawa melawat disetiap Jabatan dan berkenalan dan beramah mesra dengan pegawai dan anggota di Jabatan tersebut.

Majlis diteruskan dengan taklimat oleh Tuan Yang Dipertua, melalui taklimat tersebut Tuan Yang Dipertua memberi penekanan mengenai beberapa isu yang memberi kesan kepada penduduk Kulim khususnya. MPKK juga berharap dengan pelantikan ini dan perubahan Kerajaan baru akan memberi impak dan kesan yang lebih baik kepada penduduk Daerah Kulim khususnya.

YB Sr. Tan Kok Yew turut memberi ucapan dan hasrat kepada MPKK supaya memberi penumpuan terhadap keperluan dan kehendak rakyat. Beliau turut mencadangkan supaya pemajuan infrastruktur dan pembangunan yang setaraf dapat memberi manfaat kepada rakyat. Beliau juga berharap agar penempatan dan pembangunan peniaga-peniaga kecil dalam meningkatkan ekonomi mereka dapat diberi tumpuan yang sewajarnya.

Beliau juga meminta supaya Daerah Kulim dan MPKK mengambil peluang dalam pembangunan memandangkan Kulim bersempadan dengan Pulau Pinang. Limpahan pembangunan daripada Pulau Pinang akan turut dirasai oleh Kulim, justeru itu, beliau mohon supaya MPKK mengambil peluang ini untuk menjadikan Daerah Kulim sebuah Bandar yang berdaya maju sesuai dengan matlamah Kerajaan menjaga kebajikan rakyat.

Kemaskini Terakhir: Khamis, 16 Ogos 2018 - 3:32pm