- Bertanggungjawab untuk mentadbir kawasan Majlis yang merupakan bandar-bandar dan kawasan sekitar yang diwartakan dibawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.
- Bertanggungjawab untuk mengutip hasil tahunan disamping berusaha untuk meningkatkan jumlah hasil tahunan melalui punca-punca hasil yang baru.
- Mewujudkan hubungan baik dengan semua pihak (pelanggan, pembayar cukai dan lain-lain) yang ada kaitan langsung atau tidak langsung dalam konteks mencapai matlamat dan objektif Majlis.
- Merancang dan melaksanakan perkhidmatan Perbandaran yang cekap dan berkualiti bagi memenuhi keperluan kehidupan masyarakat kearah mewujudkan keadaan persekitaran yang permai.
- Bertanggungjawab mentadbir kawasan Majlis melalui kawalan keatas aktiviti perniagaan dan perindustrian serta mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk menarik lebih banyak pelaburan.
- Mengawal, merancang dan meluluskan pembangunan fizikal supaya selaras dengan kehendak Pelan Struktur dan Pelan Tempatan.
- Merancang dan melaksanakan pembangunan kawasan Majlis dengan tumpuan kepada pembangunan yang berorientasikan kepada pemeliharaan alam sekitar dan mewujudkan masyarakat bandar yang seimbang dan harmoni.