MENU

UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC) MAJLIS PERBANDARAN KULIM

Unit Pusat Setempat (OSC) Majlis Perbandaran Kulim telah ditubuhkan dan beroperasi  pada Julai 2007. Unit Pusat Setempat (OSC) merupakan unit yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan bagi meningkatkan tahap sistem penyampaian dalam perkhidmatan awam terutamanya dalam mendapatkan kelulusan bagi permohonan pemajuan.

Matlamat Jabatan

Matlamat penubuhan Pusat Setempat adalah untuk memendekkan norma masa proses permohonan secara serentak cadangan pemajuan, sekaligus meningkatkan sistem penyampaian, prosedur dan proses cadangan pemajuan di Pihak Berkuasa Tempatan. Walau bagaimanapun, permohonan pemajuan secara satu persatu juga diterima di kaunter OSC.

Objektif Jabatan

  • Menyelaras dan mempercepatkan proses kelulusan permohonan pembangunan tanah di Pejabat Tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan yang meliputi permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan kejuruteraan dan pelan-pelan lain;
  • Memendekkan norma masa dan memudahkan cara proses permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan perakuan permohonan pembangunan tanah bagi projek Bina Kemudian Jual, Impak Tinggi, Pelaburan Asing serta Kerajaan dalam tempoh 4 bulan dan Jual Kemudian Bina dalam tempoh 6 bulan; dan
  • Menyeragamkan prosedur dan proses permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan pembangunan tanah dengan mengambilkira peruntukan Kanun Tanah Negara 1965 (KTN), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974 (Akta 133).

 

Fungsi Jabatan

Fungsi-fungsi utama unit adalah seperti berikut;-

  • Menyelaras permohonan kelulusan permohonan kebenaran merancang;
  • Menyelaras permohonan kelulusan permohonan pelan bangunan;
  • Menyelaras permohonan kelulusan permohonan pelan kejuruteraan;
  • Menyelaras permohonan kelulusan permohonan pelan senitaman;
  • Menyelaras permohonan kelulusan Sijil Layak Menduduki (CFO) atau Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC);
  • Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat;
  • Menyelaras pengemaskinian Portal OSC; dan
  • Menyediakan pelaporan berkela kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kerajaan Negeri.

 

Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa OSC

  • Menentukan agenda, tarikh, masa dan tempat mesyuarat;
  • Membuat tempahan bilik mesyuarat dan memastikan kemudahan-kemudahan bilik mesyuarat disediakan;
  • Mengumpul dan menyelaras semua kertas-kertas perakuan permohonan pemajuan daripada Jabatan Perancang Bandar, Jabatan Bangunan dan Jabatan Kejuruteraan untuk diangkat kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) MPK;
  • Menghantar surat panggilan mesyuarat dalam tempoh sekurang-kurangnya 3 hari sebelum mesyuarat diadakan;
  • Menentukan kehadiran ahli-ahli mesyuarat;
  • Mencatit dan menyediakan minit mesyuarat 3 hari selepas mesyuarat ;
  • Memastikan edaran minit mesyuarat 3 hari sebelum mesyuarat;
  • Mengangkat minit mesyuarat Jawatankuasa OSC kepada Mesyuarat Majlis Penuh untuk makluman pada setiap bulan; dan
  • Melaporkan status dan prestasi pelaksanaan OSC kepada Jawatankuasa.

 

Kemaskini Terakhir: Sabtu, 15 April 2017 - 9:33am