MENU

PUSAT SETEMPAT (OSC)

Pusat setempat (OSC) telah dilancarkan pada 13 April 2007 dan digunapakai sepenuhnya di Negeri Kedah pada bulan Julai 2007. Surat JPBD(IP) 185/656/11 Jld.10 bertarikh 12 April 2007. Pusat Setempat (OSC) adalah untuk menyelaras, menyemak dan memproses permohonan pelanggan selaku PSP untuk pelan pembangunan yang melibatkan Jabatan-Jabatan berikut di Majlis Perbandaran Kulim:-

1.   Jabatan Perancangan dan Lanskap;
2.   Jabatan Kejuruteraan;
3.   Jabatan Bangunan;
4.   Jabatan Penilaian; dan
5.   Jabatan Kesihatan Persekitaran.

Pusat Setempat juga berperanan menerima dan mengedarkan pelan-pelan permohonan yang memerlukan ulasan-ulasan dan sokongan jabatan-jabatan teknikal luaran yang berkaitan seperti:-

1.  Pejabat Tanah Dan Daerah Kulim;
2.  Jabatan Perancangan Bandar & Desa, Negeri Kedah Darul Aman;
3.  Jabatan Pengairan Dan Saliran;
4.  Jabatan Kerja Raya;
5.  Jabatan Alam Sekitar, N. Kedah;
6.  Syarikat Air Darul Aman (SADA);
7.  Indah Water Konsortium (IWK);
8.  Tenaga Nasional Berhad;
9.  Telekom Malaysis Berhad;
10.Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia;
11.Perbandanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam;
12.Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerja; dan
13.Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Bagi pemohon yang ingin membuat pemajuan pembangunan untuk permohonan pelan perumahan, institusi, komersial, kilang, menara pemancar dan banglo sesebuah dan lain-lain perlu mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan oleh pihak Urusetia Pusat Setempat (OSC).
 

Bagi pemajuan baru dan tambahan yang melebihi 300 meter persegi, pelan-pelan yang perlu dikemukakan adalah;-

  • Pelan Kebenaran Merancang;
  • Pelan Kerja Tanah / Pelan InfrastruktuR;
  • Pelan Bangunan;
  • Pelan Lanskap; DAN
  • Pelan Penamaan Taman, Jalan dan menomborkan rumah / bangunan.

Permohonan kelulusan boleh dibuat secara serentak / berasingan atau berselisih. Walau bagaimanapun, bagi permohonan Kejuruteraan (Pelan Jalan Parit dan Pelan Kerja Tanah) pihak Urusetia menyarankan supaya mengemukakan pelan-pelan tersebut secara serentak. Setelah pelan pemajuan diluluskan, pihak pemohon perlu mengemukan permohonan Borang Perakuan Berperingkat (Borang G1-G21) untuk serta Sijil Perakuan Siap & Pematuhan (CCC) kepada pihak Majlis.

PORTAL OSC   CAPAIAN OSC ONLINE   CAPAIAN KE MANUAL OSC 3.0

Kemaskini Terakhir: Khamis, 16 March 2017 - 11:25am