MENU

Assalamualaikum WBT Dan Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia, Salam Muafakat Kedah dan Salam Sehati Sejiwa.

MPKK sedang berada di landasan yang betul sebagaimana visi MPKK untuk menjadi peneraju pengurusan perbandaran yang dinamik berwawasan dan mampan.

MPKK dalam proses untuk melaksanakan Pelan Transformasi PBT 2018 Di Hatiku yang telah dilancarkan oleh Kementerian dan diterima pakai oleh Kerajaan Negeri pada September 2016 untuk semua PBT di Kedah Darul Aman.  Begitu juga Pelan Strategik MPKK 2020 mengambil kira semua teras yang digariskan dalam Pelan Transformasi PBT 2018 Di Hatiku.  Sila klik link di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan Pelan Transformasi PBT 2018 Di Hatiku.

Saya mengharapkan kerjasama padu dan kerja berpasukan Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ahli-Ahli Majlis, Ketua-Ketua Jabatan Daerah, Penghulu-Penghulu, Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP), agensi swasta dan NGO serta pegawai/staff sekalian untuk menjadikan semua pelan tindakan dalam Pelan Strategik MLPP 2016 – 2020 dilaksanakan dan dapat melibatkan masyarakat perbandaran sehabis baik.

Saya serta warga MPKK akan terus menerus komited kepada tugas yang diamanahkan dengan memegang kepada dasar kualiti kami:

  • pendekatan pengurusan kualiti menyeluruh,
  • penambahbaikan yang berterusan,
  • profesionalisma kerja yang tinggi,
  • mematuhi undang-undang, peraturan dan dasar-dasar MPKK.

Saya mengalu-alukan sebarang kerjasama, cadangan, teguran dan pandangan dari sesiapa sahaja samada warga Kulim ataupun tidak, boleh emel kepada saya di ydp@mpkk.gov.my

Sekian, terima kasih.

Kemaskini Terakhir: Khamis, 16 March 2017 - 11:25am