MENU

 

PENGENALAN
 
Jabatan Penguatkuasaan adalah satu jabatan yang berperanan untuk:-
 
•Menguatkuasakan undang-undang yang diterimapakai oleh Majlis.
•Menguatkuasa undang-undang di dalam kawasan pentadbiran Majlis dengan memberi nasihat, termasuk mengeluarkan notis dan kompaun.
•Mendidik orang ramai agar mematuhi dan menghormati undang-undang yang diterimapakai oleh Majlis.
 
VISI
Menjadi peneraju penguatkuasaan undang-undang Perbandaran yang dinamik, berwawasan dan mapan menjelang 2015.
 
MISI
Meningkatkan penguatkuasaan undang-undang melalui  perancangan dan pelaksanaan yang strategik, penglibatan masyarakat yang menyeluruh dalam memahami dan mematuhi undang- undang dengan berkesan demi kesejahteraan rakyat.
 
PIAGAM PELANGGAN
1.Menjalankan tindakan penguatkuasaan melalui tawaran kompaun, notis dan sitaan dengan tegas dan adil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa di MPKK
2.Menyelesaikan permohonan tuntutan barang-barang sitaan dalam tempoh 1 hari selepas bayaran kompaun dijelaskan.
3.Pengeluaran Notis Kesalahan serta merta setelah kesalahan dikenalpasti.
 
OBJEKTIF JABATAN PENGUATKUASA
•Menguatkuasakan dan melaksanakan undang-undang / akta. Termasuk undang-undang kecil yang diwarta dan diterimapakai oleh Majlis Perbandaran Kulim.
•Melaksanakan penguatkuasaan undang-undang yang tegas dan berhemah terhadap orang ramai.
•Memberikan nasihat undang-undang kepada orang ramai ke tahap pemahaman yang maksimum.
•Melayani pelanggan yang di kompaun dengan penuh bertimbang rasa dan bertanggungjawab.
•Mengambil tindakan segera ke atas segala aduan yang berkaitan penguatkuasaan .
•Menguatkan prinsip "MEMBETULKAN KESALAHAN" sebelum tindakan operasi penguatkuasaan dijalankan.
 
FUNGSI JABATAN PENGUATKUASAAN
 
SEKSYEN
•Menerima aduan dan mengambil tindakan  pemeriksaan dan penguatkuasaan 
•Menjalankan rondaan dan pemeriksaan di semua kawasan kawalan termasuk  menyertai operasi penguatkuasaan 
•Membuat pemeriksaan lesen iklan dan premis tred perniagaan, perindustrian dan penjaja.        
•Mengawasi penjaja dikawasan larangan yang menjaja tanpa lesen.  
•Memastikan penjaja beredar/sementara tidak meninggalkan peralatan perniagaan selepas waktu perniagaan.
•Membuat rondaan dan pemeriksaan kenderaan berat di kawasan taman perumahan.   
•Memantau pembinaan bangunan baru dan tambahan tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Majlis
 
UNIT LETAK KERETA
•Menguatkuasakan undang-undang tempat letak kereta
•Memastikan semua kenderaan mempamerkan kupon letak kereta Majlis
•Mengawasi petak letak kereta dan lalulintas
•Mengeluarkan kompaun bagi kenderaan yang melanggar undang-undang
•Mengurus  kupon letak kereta, stiker bulanan, stiker tahunan dan petak khas
•Menyelenggara petak letak kereta
•Menyediakan laporan kutipan bulanan hasil letak kereta
 
UNIT PENTADBIRAN
•Menguruskan surat menyurat, fail-fail, rekod-rekod, dan stor jabatan
•Mengawalselia sistem rekod dan pengkalan data serta merekabentuk sistem baru 
•Menguruskan kakitangan dan rekod perkhidmatan                                             
•Tugas-tugas pentadbiran am dan mesyuarat
•Penyediaan jadual tugas Jabatan Penguatkuasaan                  
•Penyediaan laporan prestasi bulanan Jabatan Penguatkuasaan .  
•Menguruskan pengeluaran notis peringatan bayaran kompaun 
•Perhubungan jabatan-jabatan luar untuk mendapatkan maklumat 
•Penyediaan dokumen kepada Jabatan 
•Membuka kertas siasatan untuk tindakan pendakwaan 
•Menerima dan menyelaras Aduan Awam.
•Mengurus rekod bayaran kompaun kesalahan     
•Perkhidmatan kaunter               
•Key-in data kompaun kesalahan               
•Semakan rekod kompaun terdahulu 
•Mengurus  kenderaan jabatan
•Kawalan dan pemantauan CCTV

 

Kemaskini Terakhir: Ahad, 16 Julai 2017 - 10:14am