BANTUAN BENCANA DI DAERAH BALING

Bantuan kerja-kerja pembersihan telah dibuat oleh Pasukan Penyelamat MPSPK setibanya disana. Sekolah Menengah Agama Arab Yayasan Khairiah merupakan antara lokasi yang turut terjejas dan kerja-kerja pembersihan turut dibantu oleh pelajar-pelajar sekolah tersebut. Puan Setiausaha, Puan Noorulhuda binti Mohamed Ali, AMK., BCK turut hadir dan turun padang bersama-sama pasukan. Semoga adik-adik tabah menghadapi dugaan dan kepada Pasukan Penyelamat MPSPK terima kasih dan syabas.

Skip to content