MENU

Akta bagi menyusun semula dan menyatukan undang-undang berhubungan dengan kerajaan tempatan dan hanya terpakai bagi Malaysia Barat/Semenanjung Malaysia sahaja yang berkuatkuasa pada 1 Januari 1977.

Merupakan akta tubuh bagi setiap pihak berkuasa tempatan bagi Malaysia Barat, Seksyen 3 memperuntukkan kuasa Pihak Berkuasa Negeri, dengan berunding dengan Menteri dan Setiausaha Pilihanraya melalui pemberitahuan dalam Warta :

  1. Mengisytiharkan mana-mana kawasan dalam negeri sebagai kawasan pihak berkuasa tempatan;
  2. Memberi suatu nama kepada kawasan pihak berkuasa tempatan; dan
  3. Menentukan sempadan-sempadan bagi kawasan pihak berkuasa tempatan; dan
  4. Menetapkan taraf pihak berkuasa tempatan bagi kawasan pihak berkuasa tempatan itu dan taraf itu adalah taraf Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah.

Akta 171 menggariskan bentuk, struktur organisasi, tugas dan tanggungjawab kerajaan tempatan meliputi –

  1. Pentadbiran pihak berkuasa tempatan
  2. Perjawatan
  3. Pejalanan urusan pihak berkuasa tempatan
  4. Peruntukan-peruntukan am kewangan
  5. Akaun dan audit
  6. Kawalan tempat awam
  7. Kuasa terhadap kawalan makanan, kebersihan dan kacau ganggu
  8. Melesenkan tempat-tempat perkuburan dan krematorium
  9. Pengurusan bandar seperti pengindahan bandar, menyediakan kemudahan awam dll.
  10. Kuasa am untuk membuat undang-undang kecil
  11. Kadar dan nilaian (cukai taksiran)