MENU


EN MOHD SYARIZAL BIN ISHAK
Pengarah, Unit Audit Dalam (W44)

OBJEKTIF JABATAN AUDIT DALAM
 
• Memastikan penemuan audit diberikan perhatian dan diambil tindakan oleh pihak jabatan yang diaudit dalam pengetahuan pihak Pegawai Atasan
• Mengukuh dan memastikan piawai yang digunakan untuk keberkesanan kerja-kerja pengauditan
• Menguji sistem kawalan dalaman yang digunakan bagi memastikan ianya berkesan dan dipatuhi
• Memastikan sistem perakaunan dan rekod adalah sempurna dan boleh dipercayai supaya pihak Pengurusan Atasan mendapat maklumat yang saksama, cepat dan efisien
• Mewujudkan kakitangan yang terlatih, bebas, objektif dan beretika dalam menjalankan tugas yang diamanahkan
 
 
OBJEKTIF Audit Kewangan
 
• Memastikan bahawa pembayaran-pembayaran dibuat dengan teratur dan adalah dibenarkan menurut Arahan Perbendaharaan, hasil-hasil adalah dikenakan dan dipungut dengan betul dan harta modal dikira dan dikawal dengan sepatutnya
• Memastikan sistem perakaunan dan rekod-rekod adalah sempurna dan boleh dipercayai supaya pihak pengurusan atasan boleh mendapatkan maklumat yang tepat, cepat dan efisien
 
 
OBJEKTIF Audit Pengurusan
 
• Memastikan kecekapan dan keberkesanan dalam pengurusan dan penggunaan sumber-sumber Majlis
• Memastikan hasil-hasil dan faedah-faedah dicapai bagi setiap program yang telah dijalankan dengan mengadakan penilaian prestasi terhadap program yang dilaksanakan oleh Majlis
• Membantu pihak pengurusan dalam bidang perancangan operasional dan kawalan
• Mengkaji / menganalisa perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ketua Audit Negara melalui teguran audit
 
 
FUNGSI JABATAN AUDIT DALAM
 
• Mengkaji kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewangan serta Kawalan Dalaman Majlis Perbandaran Kulim;
• Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuat kuasa;
• Mengkaji aktiviti Majlis diuruskan secara berhemat, cekap dan berkesan;
• Mengkaji aset dan kepentingan Majlis dilindungi dari segi kehilangan, penipuan dan penyelewengan;
• Memberi nasihat / pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua sistem termasuk sistem ICT;
• Melaporkan kepada Yang Dipertua hasil pengauditan dan membuat susulan terhadap kemajuan tindakan perkara yang telah dibangkitkan;
• Menyediakan Rancangan Tahunan dan Laporan Tahunan Audit Dalam untuk kelulusan Yang Dipertua; dan
• Membentangkan Laporan Audit Dalam di Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun (JPKA) dan di Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus (JKTU), jika perlu.
Last Updated: Saturday, 15 April 2017 - 9:33am