MENU
VISI
Peneraju kecemerlangan pengurusan dan kesejahteraan pembangunan perbandaran selaras dengan visi dan misi Majlis Perbandaran Sungai Petani.
 
MISI
Ke arah merealisasikan bandar dinamik dan lestari dengan mengimbangi aspek kemampanan pembangunan fizikal,pemeliharaan alam sekitar serta kesejahteraan komuniti dan sosio ekonomi.
 
 
OBJEKTIF JABATAN
Mewujudkan perbandaran yang sejahtera dengan mengawal perancangan dan pembangunan fizikal serta menguatkuasa kawalan pembangunan bagi mencapai persekitaran yang kondusif untuk kehidupan.
 
 
FUNGSI UTAMA JABATAN
 
1. Bertanggungjawab untuk memproses permohonan-permohonan bagi cadangan mendirikan bangunan dan memberi ulasan supaya selaras dengan peruntukkan akta dan undang-undang yang diterimapakai.
 
2. Melaksana dan menguatkuasa peruntukkan-peruntukkan yang termaktub di dalam Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 ( Akta 133 ) dan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 ( UBBL 1984 ) serta lain-lain akta yang bersangkutan.
 
3. Menyemak dan menyelaras serta mempertimbangkan permohonan-permohonan bagi sijil layak menduduki ke atas bangunan baru serta CCC.
Last Updated: Thursday, 29 June 2017 - 10:41am