MENU


Sumber : Unit Komunikasi Korporat MPKK

 

Kulim - 27 Mei 2020 (Rabu) / 4 Syawal 1441H    Majlis Penyerahan Tugas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim bertempat di Bilik Al-Amin, Majlis Perbandaran Kulim

Sesi Penyerahan Tugas secara rasmi daripada Tuan Haji Rohaizad Bin Rashid, mantan Yang Dipertua MPKK kepada Tuan Dr. Haji Nadzman Bin Mustaffa, diiringi Tuan Haji Saiful Anwar Bin Azmi, Setiausaha dan Encik Halimin Bin Lahaming, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan, MPKK.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Tuan Haji Rohaizad Bin Rashid di atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) mulai 14 Mei 2020 yang lalu.

Sekalung penghargaan atas jasa beliau mencurahkan khidmat di Majlis Perbandaran Kulim dan ucapan terima kasih jua kerana berkesempatan hadir bagi menyempurnakan Majlis Penyerahan Tugas kepada Yang Dipertua baharu.

Tahniah kepada kedua-duanya dan selamat menjalankan tugas di tempat baharu mulai 14 Mei 2020.

Last Updated: Wednesday, 24 February 2021 - 5:51pm