MENU

30 Mac 2018 telah mengadakan malam penghargaan kepada anggota yang telah menunjukkan perkhidmatan cemerlang sepanjang tahun 2017. Majlis tersebut telah diadakan di Ixora Hote, Prai dengan dihadiri anggota dan pasangan seramai 250 orang. Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran oleh Dato’ Kewangan Negeri iaitu Dato’ Ammar bin Shaikh Mahmod yang turut merasmikan Malam tersebut. Ucapan beliau turut memberi penekanan terhadap tanggungjawab dan peranan sebagai penjawat awam dalam memastikan perkhidmatan terbaik dapat diberikan kepada pelanggan dan penduduk Kulim khususnya.

Seramai 30 anggota telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2017 dengan membawa pulang sijil dan wang tunai berjumlah RM1000.00. Pemilihan anggota dibuat berdasarkan kepada markah penilaian prestasi dan panel pembangunan manusia yang dipengerusikan oleh Tuan Yang Dipertua. Senarai penerima adalah seperti berikut:-

  1. Alif bin Hamzah
  2. BAdrul Helmi bin Sulaiman
  3. Mohamad Akhir bin Md Ali
  4. Jamaluddin bin Mohd Sayid
  5. Ahmad bin Salleh
  6. Borhan bin Baharom
  7. Shahizan bin Abdul Razak
  8. Norafina Azwin Binti Ibrahim
  9. Roslizawatu Binti Shaari
  10. Siti Hajar Binti Zainal
  11. Shuhaimi bin Sgawi
  12. Muhammad Zalani bin Mohamad Sutan
  13. Hamidan bin Abdu Bakar
  14. Mohd Amir bin Abdul Wahab
  15. Mohd Fadzli bin Mohamad Yusof
  16. Siti Rohayu Binti Abdul Mokti
  17. Mohamad Fazli bin Ishak
  18. Abdullah bin Hashim
  19. Abdul Rahman bin Abd Manaf, PPL
  20. Ibrahim bin Md Noor
  21. Mohd Azizi bin Saad
  22. Azman bin Non
  23. Md Noor bin Ishak, PPL
  24. Md Akhir bin Saad
  25. Azmi bin Ahmad
  26. Hassan bin Ani
  27. Ismail bin Taib
  28. Roslan bin DArus
  29. Muhammad Shafizal bin Ghezali
  30. Muhammad Arzuan bin Abu Kassim

Majlis tersebut turut diringi muzik tradisional dan persembahan nyanyian oleh Tuan Setiausaha dan anggota MPKK. Majlis tersebut telah berjalan dengan lancar dan berakhir jam 11.00 malam. Pihak pengurusan MPKK berharap dengan adanya majlis seperti ini dapat mengeratkan silaturrahim antara pihak pengurusan dan pekerja. TAHNIAH kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2017, semoga sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada MPKK khusunya dan masyarakat Kulim khasnya.