MENU

Majlis Perbandaran Kulim telah mengorak langkah dalam pelaksanaan MS ISO 9001:2015 yang telah dikuatkuasakan pada November 2015. MPKK telah memperolehi pensijilan MS ISO 9001:2008 pada Februari 2016 yang lalu. Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Rohaizad bin Rashid, Yang Dipertua MPKK dan disaksikan oleh Tuan Haji Saiful Anwar bin Azmi, Setiausaha MPKK. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Hasnita Binti Mohd Hashim, Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Organisasi selaku Wakil Pengurusan, melalui taklimat tersebut beliau telah menyenaraikan sebanyak 43 prosedur kerja yang melibatkan semua Jabatan di MPKK. Semua Pengarah Jabatan dan pegawai kualiti yang dilantik di jabatan masing-masing turut hadir pada majlis tersebut.

Majlis tersebut telah menyaksikan tandatangan ke atas semua prosedur kerja dan penetapan tarikh kuatkuasa pelaksanaan yang telah ditetapkan pada 27 Disember 2017. Tuan Yang Dipertua dalam ucapannya turut merakamkan penghargaan terima kasih dan tahniah kepada semua Jabatan yang telah berjaya melaksanakan MS ISO 9001:2015 mengikut masa yang telah ditetapkan. Beliau berharap dengan pelaksanaan ini akan meletakkan MPKK setaraf dengan agensi kerajaan lain yang cemerlang.

Last Updated: Monday, 22 January 2018 - 2:08pm