MENU

Cukai Taksiran merupakan cukai yang dikenakan mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976  (Akta 171) ke atas pegangan berkadar seperti Bangunan kediaman, Bangunan Perniagaan (Kedai, Kompleks Perniagaan, Pejabat, Stesen Minyak dsb), Bangunan Perindustrian (Kilang,Pencawang), Tanah Kosong (Bangunan, Perniagaan dsb) yang terletak di dalam kawasan Majlis Perbandaran Kulim Kedah.

 

Secara ringkasnya, cukai taksiran dikenakan kerana kediaman atau premis anda berada di dalam kawasan pentadbiran Majlis atau Pihak Berkuasa Tempatan. Semua kos pengurusan dan pentadbiran Bandar Kulim menggunakan sumber daripada cukai taksiran yang dikenakan kepada pemilik bangunan di kawsan Kulim. Antaranya Bayaran bil elektrik (lampu jalan, lampu isyarat, bangunan awam), Bayaran bil air untuk bangunan awam (pasar, tandas, dewan, stadium), Penyelenggaraan jalan, parit jalan, gerai dan bangunan awam, Penyelenggaraan landskap, Penyelenggaraan lampu jalan, Mengatasi bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh.


 

Mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976, Cukai Taksiran perlu dibayar 2 kali setahun iaitu Setengah tahun pertama / Penggal pertama ( 1 hb Januari  -  28hb Februari setiap tahun ), Setengah tahun kedua / Penggal kedua ( 1 hb Julai  -  31hb Ogos setiap tahun ). Jika tidak menjelaskan bayaran cukai taksiran, Mengikut kaedah yang digunapakai di MPKK, setiap pegangan yang tidak mengenakan cukai akan  dikenakan tindakan Denda    -  2 % atau minimum RM 2.00 daripada jumlah tunggakan, Notis E  -  RM 3.00 dikenakan.


CONTOH BIL CUKAI TAKSIRAN

CONTOH NOTIS E

Sekiranya masih gagal menjelaskan cukai Waran tahanan (Warrant of Attachment) akan dikeluarkan kepada anda. Waran F ini membolehkan Pegawai MPKK yang diberi kuasa untuk Mensita/Menahan/Melelong sebarang harta alih tuan punya pegangan di dalam kawasan MPKK, Mensita pegangan / bangunan tersebut, Menahan dan melelong bangunan/tanah melalui  Pendaftar Mahkamah Tinggi (Seksyen 151), Menahan proses kelulusan dan perkhidmatan MPKK bagi pegangan yang mempunyai tunggakan seperti Kelulusan lesen perniagaan di premis tersebut, Kelulusan pelan perancangan, Kelulusan pelan bangunan, Kelulusan Sijil Layak Menduduki.

CONTOH WARAN TAHANAN BORANG F

Unit Cukai Taksiran, Bahagian Hasil, Jabatan Perbendaharaan Menguruskan pengeluaran bil-bil dan notis-notis tunggakan Cukai Taksiran 2 kali setahun (Februari & Ogos). Unit Cukai juga menyediakan Laporan Prestasi Kutipan Cukai Taksiran Majlis setiap bulan untuk makluman Majlis. Bermulanya 15 Mac unit cukai akan menghantar Notis E kepada pemilik yang mempunyai tunggakan cukai. Selepas 14 hari Notis E dan tiada bayaran di lakukan unit cukai akan Menguruskan pengeluaran Waran Tahanan Harta (Borang F) untuk tindakan Jabatan Undang-Undang. Operasi sitaan juga dibuat bersama Jabatan Penguatkuasa. Bagi kes yang tidak dapat dikesan unit cukai akan menghantar senarai akaun tunggakan cukai ke Jabatan Penilaian untuk membuat semakan alamat harta sekiranya alamat harta pada bil cukai taksiran tidak dapat dikesan. Pada setiap bulan unit cukai akan Mengadakan Mesyuarat Tunggakan Cukai secara berkala bersama jabatan-jabatan yang terlibat.

Sumber dari  :  Unit CUkai Taksiran, Jabatan Perbendaharaan, Majlis Perbandaran Kulim.

Last Updated: Thursday, 30 March 2017 - 12:59pm